advertisement



10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik |
Pada tahun 2018 yang lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengeluarkan kempen bagi menggalakkan rakyat Malaysia membudayakan sifat membaca dalam diri individu melalui #MalaysiaMembaca



10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

Hasrat ini selari dengan hasrat Menteri Pendidikan sendiri, Dr Maszlee Malik yang mahukan Malaysia menjadi Negara Membaca menjelang 2030 kelak. Katanya lagi,  ‘kayu ukur kepada pendidikan yang berjaya ialah budaya membaca yang tinggi’. Justeru bagi menggalakkan lagi budaya #MalaysiaMembaca, Dr Maszlee sendiri berkongsi dengan di laman twitter rasminya 10 buku kegemaran Menteri Pendidikan Malaysia.
1. “The Alchemist” karya Paulo Coelho.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Antara kata-kata dari novel ini yang sangat bermakna bagi saya ialah “You will never be able to escape from your heart. So it’s better to listen to what it has to say.”
2. “Trust: The Social Virtue and the Creation of Prosperity” karya Francis Fukuyama
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Kata Fukuyama, “To truly esteem oneself means that one must be capable of feeling shame or self-disgust when one does not live up to a certain standard.”
3. “Manuklon” karya Rahmat Haron 
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Novel futuristik yang penuh dengan kembara, dijiwai oleh manusia biasa dan klon yang saling bertentangan demi untuk mendapatkan kuasa.Ya, sangat banyak yang boleh kita lihat hari ini begitu real seperti yang diimajinasikan Rahmat Haron.
4. “Intelektual Masyarakat Membangun” karya Syed Hussein Alattas.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Syed Hussein Alattas menekankan keperluan untuk ahli akademik menjadi sarjana yang bukan hanya di dalam dewan kuliah, sebaliknya di jalanan dan di tempat-tempat awam demi membangunkan pemikiran masyarakat.

5. “Rasuah” karya Syed Hussein Alattas
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Syed Hussein Alattas juga sudah lama mengkritik budaya rasuah yang begitu kronik dengan memberikan sebab musabbab yang jelas bahawa budaya ini benar-benar akan merosakkan negara.
6. “Sejarah Umat Islam” karya HAMKA.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
HAMKA berjaya melukiskan dengan sangat jelas tentang garis masa dan peristiwa-peristiwa penting termasuklah sedikit analisa yang menarik di dalam sepanjang sejarah Islam. HAMKA juga menceritakan bagaimana Islam sampai ke Kepulauan Melayu.
7. “Al Tawhid: Its Implications for Thought and Life” karya Ismail Raji al-Faruqi.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Tauhid syarahan Ismail Raji al-Faruqi begitu real, praktikal dan sangat besar peranannya dalam kehidupan harian kita.
8. “Al-Munqidh min al-dalal” atau  “Guide for The Perplexed” karya  Al-Ghazali. 
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Ini antara buku autobiografi yang saya suka. Penuh dengan ilmu dan hikmah. Siapa yang tidak kenal Al-Ghazali? Dan siapa yang jatuh cinta terhadap buah fikirannya tetapi tidak membaca buku ini?
9. “Al-Kimiyya al-Sa’adah” karya Al-Ghazali.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Pendidikan yang menjadikan semua manusia bahagia. Konsep kebahagiaan yang begitu mendalam dihuraikan oleh al-Ghazali dalam buku ini. Hakikatnya, kata al-Ghazali, kita semua manusia yang inginkan kebahagiaan.
10. “Hikmah Hati” karya Maszlee Malik
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Saya sangat terpengaruh dengan banyak karya arwah Azizi Hj. Abdullah sehingga di situlah minat saya terhadap sastera muncul dan cubaan untuk menulis karya kreatif telah saya mulakan. 
Tidak boleh disangkal lagi beliau antara individu yang tinggi ilmunya yang peroleh daripada membaca. Jadi Dr Maszlee juga mengalu-alukan sesiapa sahajay untuk berkongsi 10 buku kegemaran mereka daripada pelbagai genre dengan (hashtag) #MalaysiaMembaca di laman-laman sosial anda.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here