advertisement

Hujung tahun kebiasaanya akan berlangsung majlis Konvoksyen Universiti baik Universiti Awam mahupun Universiti Swasta. Jadi melalui majlis itu, kita juga dapat ketahui individu yang berjaya bagi universiti masing-masing selepas dikongsi terus ke laman-laman sosial seperti Twitter, Instagram dan juga Facebook.

Jika dilihat antara pencapaian akademik tertinggi di Universiti Awam khususnya adalah apabila anda layak menerima Anugerah Pelajaran DiRaja. Ingat, untuk dapatkan anugerah ini bukan semata-mata berkaitan akademik yang berada di dalam kelas, tetapi merangkumi akademik dan juga ko-kokurikulum. Sekali gus kita dapat tahu, mereka yang menerimanya merupakan pelajar yang cemerlang di dalam kelas dan juga aktif diluar kelas bersama masyarakat.

Jadi antara yang disebut-sebut di media sosial sebelum ini adalah menerusi satu video viral dimana pelajar lepasan UTM, Nur Athirah Rushami Zien daripada jurusan Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan yang telah memperoleh CGPA 3.99 memperoleh Anugerah Pelajaran. Seorang lagi yang menerima anugerah yang sama iaitu Siti Madihah Binti Situah Mokhtar yang merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dari UMK dengan CGPA 3.8. Sebenarnya ramai lagi yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja ni, anda boleh lihat sini senarai pelajar tersebut.

rutin harian pelajar cemerlang

Untuk pengetahuan juga, mereka ini kebanyakkan datang daripada keluarga yang biasa dan sederhana yang bukanlah keluarga yang berada. Jadi bagaimana mereka mampu berjaya dengan begitu cemerlang di zaman belajarnya.

Kejayaan tidak datang bergolek, tidak turun dari langit. Ianya semua datang dengan usaha dan kerja keras. Jadi entry kali ini, ingin dikongsikan antara amalan atau rutin pelajar cemerlang yang mungkin boleh diaplikasikan kehidupan seharian khususnya bagi pelajar. Semoga menjadi motivasi pelajar cemerlang untuk anda.

Rutin Harian Pelajar Cemerlang

1 – Fokus

Fokus antara kunci utama dalam setiap kali apa yang kita lakukan. Tidak kira anda sebagai apapun, jika ingin membuat sesuatu sehingga selesai atau berjaya, fokus amat penting. Seperti contoh, jika ingin belajar di dalam kelas, fokus setiap masa apa yang ditunjuk ajarkan oleh guru, pensyarah dan tutor. Jangan buat kerja lain ketika belajar. Jika belajar, fokus belajar, jika buat assigment, fokus buat assignment. Hindarilah sebentar apa-apa perkara yang boleh menghilangkan fokus kita.

Fokus ini untuk lebih hebat, tetapkan kepada tahap yang lebih tinggi seperti tujuan anda masuk universiti, untuk menjadi pelajar serba boleh, berjaya akademik dan kokurikulm. Jadi fokus terhadap benda besar ini, jadi serba boleh. Cari sebanyak pengalaman yang boleh dibawa ke luar universiti kelak. Jangan hilang fokus.

Baca Juga : Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia 2019

Jika ingin bergiat aktif dalam kokurikulum jangan pula dilupakan tujuan mencari ilmu akademik itu. Jangan hilang fokus terhadap ilmu pengetahuan di dalam kelas sekali pun ingin mengejar skills di luar kelas.

2 – Hormati Sekeliling Anda

Ingat kejayaan seseorang sebenarnya bukan datang semata-mata daripada individu tersebut. Jika tiada guru atau pensyarah yang mengajar, anda tidak berjaya. Jika tiada ibubapa yang sering menghulurkan bantuan kewangan dan doa, anda tidak berjaya. Jika tiada kawan-kawan yang supportive, mungkin anda tidak berjaya.

Jadi hormati mereka, hormat guru anda, ibubapa, kawan-kawan, tutor, warden, pak guard hatta tukang kebun sekali pun. Tanpa mereka, anda tidak akan belajar dalam suasana yang bersih dan indah. Sekali pun anda bijak, tetapi tiada sifat hormat terhadap orang lain. Anda tidak layak dipanggil orang yang berjaya.

3 – Kebergangtungan Kepada Allah

Ini adalah kelebihan bagi seseorang Muslim dimana kita diajar segala perkara yang berlaku tidak akan terjadi jika tidak dapat redha daripada Allah. Selain jaga hubungan dengan ibubapa, guru dan kawan-kawan, jagalah hubungan dengan Allah.

Buatlah amal ibadah iaitu ibadah wajib dan perbanyakkan ibadah sunat. Selalu baca al-Quran, lakukan solat-solat sunat dan berdoalah kepada Allah setiap kali lepas solat. Sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang meminta-minta kepadaNya.

Akhirnya

3 rutin harian pelajar cemerlang ini mungkin antara rutin yang beribu-ribu lagi diamalkan oleh pelajar cemerlang yang lain. Tetapi ini juga antara perkara terpenting sepatutnya ada dalam diri seseorang pelajar.

Tidak kira, anda berada di sekolah mahupun di peringat pengajian tinggi, jadilah seorang pelajar yang disegani dan dihormati oleh orang lain. Untuk orang Islam, yang paling penting adalah jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah perkara-perkara baik akan menyusul selepas itu.

Akhirnya, tahniah kepada kesemua pelajar khususnya di Malaysia yang telah memperoleh kejayaan dari segi akademik. Semoga kerjayaan anda menjadi motivasi dan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. Buatlah sehabis baik wahai Pelajar.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here