advertisement

Pada akhir bulan April yang lepas, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media di mana bilangan bagi Kemasukan Pelajar ke Program Matrikulasi ditambah bermula pada ambilan 2019.

Jadi 20 Mei 2019 yang lepas, sekali lagi pihak KPM membuat kenyataan media berikutan peningkatan bilangan ambil ke program Matrikulasi ini.

Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM telah menyelaras kemasukan lepasan SPM dan STPM dan kelayakan-kelayakan yang setaraf ke IPTA dan ILKA.

KPM mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikut pengajian di IPTA.

Calon-calon yang layak dan memenuhi Syarat Am, Syarat Khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada pilihan program pengajian yang dipohon.

Proses pemilihan pelajar bergantung kepada pengiraan markah merit iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Markah akademik bagi kedua-dua lepasan STPM dan Matrikulasi adalah berdasarkan PNGK yang diperoleh oleh calon yang memohon.

Kejayaan mendapat tempat di Universiti Awam bergantung sepenuhnya kepada markah merit, tempat yang disediakan serta kelayakan calon dan bukannya bergantung kepada kategori (STPM atau Matrikulasi) calon tersebut.

Statistik menunjukkan tempoh dua tahun (2017-2018) lepasan STPM telah menunjukkan pertambahan sebanyak 4242 tawaran (21.07%) manakala lepasan Matrikulasi meningkat sebanyak 1981 tawaran (10.83%) pada sesi 2018/2019.

Pertambahan sebanyak 15000 (menjadi 40000) tmpat untuk program Matrikulasi, yang diputuskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini, tidak akan menjejaskan proses pemilihan pelajar secara keseluruhan kerana mereka terdiri daripada kalangan pelajar yang sama. Bilangan tempat yang boleh ditawarkan bergantung kepada prasarana dan kapasiti Universiti Awam.

Kenyataan media daripada KPM
advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here