advertisement

Sementara menunggu keputusan peperiksaan yang bakal keluar, sebagai umat Islam, kita boleh amalkan beberapa amalan dan doa yang diajar supaya segala perkara baik yang dihajati berkaitan keputusan peperiksaan kita diperkenankan tuhan.

Kita sedia maklum, keputusan paling hampir kini adalah bagi peperiksaan SPM yang akan diumumkan pada 5 Mac 2020 bersamaan pada khamis. Justeru itu, calon-calon SPM pastinya berdebar dengan hari tersebut adakah segala usaha selama ini berjaya diluahkan dalam peperiksaan tersebut.

Baca Juga : Keputusan SPM 2019 Diumum Pada 5 Mac 2020

Kita sudah berusaha, kita sudah mengulangkaji, kita sudah bersengkang mata dan kini pula masa untuk kita berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya usaha yang kita buat sebelum ini dipandang olehNya sekali gus memberikan keputusan yang baik kepada kita.

Amalan Dan Doa Sebelum Menunggu Keputusan Peperiksaan

Nabi juga ada ajar kepada kita, selepas berusaha, hasilnya terserah kepada Allah. Kita tawakkal dan terus berdoa sehingga tiba pada hari keputusan peperiksaan diumumkan. Cemerlang atau tidak, itu perkara ke 2. Yang pastinya kita telah berusaha sebaik mungkin bagi memberikan sehabis baik untuk SPM sebelum ini.

Jadi sebelum menunggu keputusan peperiksaan yang bakal keluar kelak seperti SPM ini. Islam mengajar kita untuk membuat amalan kebaikkan dan amalkan doa supaya kebaikkan yang dibuat tersebut dibalas dengan keputusan cemerlang. Yang penting kita niatkan kerana Allah.

Amalan Dan Doa Boleh Diamalkan

Perkara wajib seperti solat fardhu kita tidak boleh tinggal walau apa jua keadaan dan ianya perlu ditambah dengan solat sunat. Jadi perbanyakkanlah solat sunat supaya amal ibadah kita itu menjadi asbab memberikan kita keputusan yang cemerlang.

Perbanyakkan Solat Sunat

Antara solat sunat yang boleh dilakukan adalah :

  • Solat Sunat Dhuha – Dilakukan supaya dimurahkan rezeki dan keputusan yang baik itu juga rezeki
  • Solat Sunat Hajat – Dilakukan supaya kita dapat memohon hajat apa yang kita inginkan. Ingin mengembirakan hati kedua ibubapa dengan keputusan yang cemerlang
  • Solat Sunat Taubat – Dilakukan supaya segala dosa diampunkan oleh Allah dan supaya Allah dengar akan doa kita.

Membaca Ayat Suci Al-Quran

Sentiasa berdamping dengan al-Quran dan bacalah setiap hari. Kalau boleh sehingga menunggu keputusan peperiksaan keluar, cuba habiskan dan khatam al-Quran. Alangkah lebih baik. Islam juga mengaja kita supaya membaca surah Al-Waqiah supaya rezeki kita murah dipermudahkan urusan harian kita.

Sentiasa Berfikiran Positif

Bermula daripada habis peperiksaan, jangan terlalu fikir perkara yang sudah lepas. Walaupun mungkin ada perkara yang kita salah tulis atau salah jawab. Jangan sesekali down. Mungkin ada rezeki, pemeriksan kertas terlepas pandang dan rezeki kita disitu. Sebab itulah doa itu perlu dan ianya senjata terbaik untuk umat Islam

Dapatkan Restu Ibubapa Dan Guru

Rasanya biasa dipagi hari sebelum kita mengambil keputusan peperiksaan akan diadakan sedikit majlis bagi memohon restu dan kemaafan daripada guru-guru di sekolah. Sebelum kita melangkah keluar rumah, mohonlah restu dan minta maaf daripada kedua ibubapa kita, supaya mereka redha dengan kita.

Perkara ini sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan setiap hari kerana ibubapa itulah antara manusia yang doanya mudah dimakbulkan oleh Allah.

Doa Yang Boleh Diamalkan

Berikut antara doa yang boleh kita amalkan dan baca setiap kali habis solat. Semoga dengan amalan dan doa kita buat semata-mata kerana Allah ini menjadi asbab kepada kejayaan kita di dalam peperiksaan

menunggu keputusan
menunggu keputusan

sumber : memoirinsani.wordpress.com

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here