Pada 13 Disember 2019 baru-baru ini, buat kali pertama pada 2019 ini, sebuah kementerian telah membentangkan kad laporan kepada umum dan kementerian tersebut adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya pembentangan prestasi kementerian tersebut bagi tahun 2019. Jadi Kementerian lain, jangan lupa bentang juga tau.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah memegang jawatan tersebut ketika naiknya kerajaan yang baru iaitu pada tahun 2018. Jadi bermula sejak itu pelbagai initiatif yang telah diperkenalkan sehingga la tahun 2019 ini. Jadi kalau anda nak tengok senarai penuh initiatif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau ‘kad laporan’ nya, anda boleh klik pautan di bawah
Terdapat banyak tentangan dan kritikan yang diterima kepada KPM terutamanya kepada Menteri sendiri seperti isu tulisan khat jawi, kasut hitam dan banyak lagi. Tetapi demi anak bangsa, mereka terus memberikan yang terbaik kepada sistem pendidikan Malaysia.
Baca Juga : Kata Putus KPM Berkaitan Tulisan Khat
Ikuti Senarai Penuh Kad Laporan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
Di dalam Kad Laporan Pencapaitan Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut dibahagikan kepada 5 fokus iaitu :
- Fokus 1 : Mengemabalikan Cinta Kepada Pendidikan
- Orang Kurang Upaya
- B40
- Murid
- Guru
- Fokus 2 : Kualiti Pengajaran & Pembelajaran
- Reformasi Sistem
- Reformasi Digital
- Peningkatan Pencapaian
- Sekolah Daif
- TVET
- Fokus 3 : Autonomi & Akauntabiliti
- Fokus 4 : Malaysia Membaca
- Fokus 5 : Manifesto
Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh muat-turun kad laporan tersebut di pautan disediakan di atas. Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
[…] Baca Juga : Baca Kad Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia […]