advertisement

Tawaran bagi permohonan skim bantuan Am persekolahan Baitulmal untuk tahun 2020 kini dibuka kepada umum. Permulaan persekolahan pastinya ibubapa banyak menggunakan wang bagi menyediakan kelengkapan dan peralatan bagi anak masing-masing yang baru sahaja bermula sekolah pada tahun ini.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Tahun 2020

Jadi jika anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh memohon skim bantuan Am persekolahan Baitulmal bagi meringkan beban dan kos kelengkapan persekolahan anak. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAWIP) membuka permohonan khusus kepada penduduk Labuan bagi memohon skim ini

Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Tahun 2020 (Labuan)

Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal ini dibuka bermula 2 Januari hingga 31 Januari 2020.

  • Bagi pelajar bersekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi daripada Guru Biasiswa Baitulmal yang dilantik di sekolah masing-masing
  • Bagi pelajar bersekolah di Luar Wilayah Persekutuan Labuan, borang permohonan boleh diperolehi di Unit Akademik, Zakat Fitrah & Sumber Am, Blog 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan
bantuan am persekolahan

Syarat Kelayakan

  1. Beragama Islam
  2. Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah
  3. Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  4. Bermastautin di WP Labuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap.
  5. Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
  6. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah yang telah ditetapkan

Untuk maklumat lanjut anda boleh pergi ke laman web http://maiwp.gov.my/ atau laman facebook rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan – MAIWP

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here