Kepada yang layak, mohon segera bantuan awal IPT daripada Zakat Pulau Pinang. Bantuan ini dibuka sepanjang masa setiap tahun. Jika anda sudah menerima tawaran IPT, boleh mohon segera. Bantuan ini pastinya dapat meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara

Pada 3 Jun yang lepas, telah dikeluarkan keputusan UPUOnline bagi lepasan pelajar SPM bagi kemasukan sesi akademik 2020/2012 bagi peringkat Pengajian Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Kemudian pada 5 Jun barulah surat tawaran dikeluarkan bagi setiap peringkat pengajian yang anda boleh dapatkan melalui pautan di setiap Universiti Awam atau institusi yang terlibat seperti Matrkulasi dan IPG. Jika sudah ada, anda sudah boleh mula mohon Bantuan Awal IPT daripada Zakat Pulau Pinang tersebut.

Bantuan Awal IPT, Zakat Pulau Pinang

zakat pulau pinang

Bantuan ini dibuka kepada kemasukan awal sahaja yang telah menerima tawaran daripada IPT bagi kemasukan dalam dan luar negara. Anda perlu dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter Zakat Pulau Pinang yang berdekatan (Kecuali Kaunter Masjid Negeri, Air Hitam). Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun.

Bawa surat tawaran ke IPT ketika hadir ke kaunter

Nilai Bantuan

Diploma : RM800
Ijazah : RM1000
LPT Luar Negara : RM2000
Sijil/Asasi/Matrikulasi : RM600

BACA : Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Daripada Zakat Selangor

Syarat Permohonan Bantuan Permulaan IPT (Dalam Negeri)

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  3. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran
  4. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  6. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  7. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
  3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran
  4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).
  5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.

Syarat Permohonan Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  3. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  4. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  6. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
  3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti perjalanan seperti surat tawaran belajar, salinan visa, passport, tiket kapal terbang dan sebagainya.
  4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar
  5. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web zakatpenang.com/zpp/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here