advertisement

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM telah membuka permohonan bagi bantuan awal pengajian IPTA/IPTS dan Dermasiswa/Bantuan Am IPTA/IPTS. Jadi kepada anak Terengganu khususnya, jika anda layak anda sudah boleh mohon sekarang.

Antara objektif bantuan-bantuan ini disalurkan adalah :

  • Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara
  • Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan
bantuan awal pengajian
MAIDAM

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS

Jika anda sudah mendapat tawaran untuk memasuki mana-mana IPTA atau IPTS, anda boleh mula memohon melalui pautan yang disediakan dibawah

  • Isi semua maklumat berkaitan
  • Cetak borang permohonan
  • Serahkan borang permohonan beserta semua dokumen yang disahkan ke pejabat MAIDAM mengikut daerah masing-masing

Syarat Permohonan Bantuan Awal Pengajian


  • Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri
  • Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  • Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap/bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.
  • Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  • Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  • Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
  • Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Baca Juga : Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) untuk keluarga B40 Daripada YAPEIM

Permohonan Dermasiswa/Bantuan Am IPTA/IPTS

Ini pula bagi permohonan Dermasiswa atau Bantuan Am kepada pelajar IPTA dan IPTS daripada MAIDAM dalam kategori Fisabilillah. Anda boleh mula membuat permohonan sekarang di pautan dibawah

  • Isi semua maklumat berkaitan
  • Cetak borang permohonan
  • Serahkan borang permohonan beserta semua dokumen yang disahkan ke pejabata MAIDAM mengikut daerah masing-masing atau Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi MAIDAM

Syarat Permohonan Dermasiswa


  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  3. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Penghulu / Y.B.
  4. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.
  5. Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
  6. Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  7. Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
  8. Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
  9. Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
  10. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan Dermasiswa boleh pergi ke pautan www.espmb.com/maidam_zakat/DS_Syarat.aspx


Jadi jika anda ada sebarang kemusykilan berkaitan bantuan zakat daripada MAIDAM ini, anda boleh terus pergi ke pautan www.espmb.com/maidam_zakat/ dan Facebook Rasmi MAIDAM www.facebook.com/maidamterengganu/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here