advertisement

Lembaga Zakat Selangor mengajak rakyat Selangor yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa pengajian tinggi pada tahun ini. Anda boleh mula memohon di Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) secara atas talian.

Baca Juga : Permohonan Penajaan Program Dermasiswa JPA B40

Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

bantuan dermasiswa
Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar.

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Pihak Lembaga Zakat Selangor memberitahu, dimana terdapat 2 jenis Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi yang ditawarkan iaitu :

  • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan Masuk ke IPT

Anda boleh memohon bantuan pendidikan melalui Lembaga Zakat Selangor di pautan di bawah

*dapatkan user manual bagi memudahkan anda membuat permohonan

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi ini, anda boleh layari di pautan ini. Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here