Secara rasminya sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia telah memberi tahu bawa pihak penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019 sekali gus dapat berbelanja sedikit sebanyak ketika lebaran.
Melalui kenyataannya, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 yang bakal tiba.
Tidak lupa juga, bantuan khas ini juga turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.
Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here