advertisement

Kerajaan telah mengumumkan bantuan One-Off PRIHATIN pada awal 27 Mac 2020 yang lepas bagi membantu para pelajar yang mungkin ditimpa kesusahan ketika krisis COVID-19 yang sedang melanda kini.

Sebelum ini pihak Kerajaan mengumumkan bantuan one-off PRIHATIN ini akan diberi kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sahaja, tetapi kini melalui pengumuman yang baru daripada pihak Kementerian Kewangan melalui kenyataan media bertulis Pakej Ransangan PRIHATIN akan dipercepatkan dan diperluaskan.

Baca Juga : Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Juga Menerima Bantuan One-Off Daripada PRIHATIN

Jadi lebih banyak pelajar akan menerima manfaat selepas ini. Dengan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan telah dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk manfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

Bantuan One-Off PRIHATIN Diperluas Dan Dipercepatkan

prihatin
sumber: Bernama

Bantuan secara one-off RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kementerian Kewangan kini memaklumkan dimana bantuan PRIHATIN tersebut diperluas kepada pelajar tingkatan enam, pelajar diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Disamping itu, Kementerian yang terlibat akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak daripada bulan Mei kepada hujung bulan April 2020.

advertisement

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here