Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
dana inspirasi malaysia

Dalam usaha menyantuni kumpulan B40, satu lagi initiatif diperkenalkan pada tahun 2019 iaitu Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku) daripada YAPEIM. Dana yang telah dilancarkan pada 6 November 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dr Wan Azizah.

Objektif Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku)

  • Membantu ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau golongan B40 dalam menyelesaikan yuran sekolah anak-anak dah dan pelajar
  • Meringankan bebanan keluarga dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukkan ke IPT
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit

Baca Juga : Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Tahun 2020

Kadar Bantuan

  • Pelajar Sekolah – Sehingga RM500
  • Pelajar IPT – Sehingga RM1000

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku)

Permohonan mestilah melalui ibubapa dan bukan pelajar itu sendiri. Permohonan akan dibuka sehingga 31 Januari 2020. Permohonan dibuka selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana. Bantuan akan diberi mengikut kelayakkan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Cara Memohon


Download terlebih dahulu borang Bantuan Persekolah YAPEIM di pautan disediakan di bawah. Borang-borang ini juga boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh Malaysia.



Jika anda tidak mendapat akses untuk muat turun borang, anda boleh dapatkan borang di facebook rasmi di YaPEIM (Official) atau Klik Sini

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/ Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Baca Juga : Contoh Soalan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 (SPRM)

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:

  1. Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM
  2. Pos laju /ekspress ke ibu pejabat YaPEIM
  3. Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  4. Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan
  5. Pejabat YaPEIM Negeri

Alamat Ibu Pejabat YaPEIM
(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur)

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di http://inspirasiku.yapeim.my

Syarat Am Permohonan

  1. Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  2. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  3. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku)


  1. Setiap keluarga layak memohon untuk setiap anak yang bersekolah rendah, menengah dan IPT.
  2. Borang berasingan perlu diisi untuk pelajar sekolah dan IPT. Sila lengkapkan kedua-dua helai borang yang disediakan berserta lampirkan kesemua 10 dokumen yang diminta bersama-sama setiap borang yang diisi.
  3. Pastikan semua borang disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM yang berhampiran.
  4. HANYA BORANG YANG LENGKAP AKAN DI PROSES.
  5. Borang akan diproses dalam tempoh 30 hari, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di laman web YAPEIM.
  6. Bantuan akan diagihkan secara tunai di cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh negara.
  7. Permohonan terbuka kepada semua warnanegara Malaysia Golongan B40 tanpa mengira agama @ bangsa.
  8. Borang permohonan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, Pejabat YAPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YAPEIM seluruh negara. Atau di laman web YAPEIM
  9. Borang fotostat juga diterima.

Maklumat Lanjut Berkaitan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku)

Anda boleh layari laman web rasmi YAPEIM atau ikuti perkembangan terkini di Facebook Rasmi YAPEIM di pautan di bawah

www.yapeim.my atau inspirasiku.yapeim.my

www.facebook.com/yapeimofficial

Artikel Berkaitan

4 thoughts on “Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) untuk keluarga B40 Daripada YAPEIM”

  1. Pingback: Bantuan Awal Pengajian Dan Dermasiswa Daripada MAIDAM - pendidikan4all

  2. Pingback: Contoh Soalan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 (SPRM) - pendidikan4all

  3. Pingback: Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020 - pendidikan4all

  4. Pingback: Biasiswa CUCKOO 2020 Untuk Pelajar UPM - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain