advertisement

Hari ni Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka bagi permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal bagi tahun 2020. Bagi mereka yang layak, anda sudah boleh membuat permohonan sekarang.

Baca Juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Daripada Zakat Selangor

Bantuan ini pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa khususnya yang kini sedang menanggung anak-anak mereka bagi kemasukan dan permulaan sesi persekolahan yang baru pada tahun 2020 kelak. Harap bantuan persekolahan ini dapat diberi kepada mereka yang layak.

bantuan persekolahan
Bantuan Am Persekolhan Baitulmal Tahun 2020

Bantuan Persekolahan Baitulmal Tahun 2020

Permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal ini telah dibuka mulai 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020 iaitu bagi permohonan Sekolah Luar Wilayah

Syarat Permohonan

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
  • Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah yang telah ditetapkan
  • Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri

Borang permohonan boleh didapati :

  • Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  • Aras 1, Bangunan Perkim, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur
  • Muat turun borang di laman web MAIWP

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan Dokumen Sokongan yang Lengkap hendaklah dihantar kepada :

  1. Guru Baitulmal Sekolah bagi pelajar yang bersekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  2. Kaunter Baitulmal (Aras 1, Bangunan PERKIM) atau Pusat Agihan Zakat (PAZA) bagi pelajar yang bersekolah di Luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

*Bagi permohonan bantuan am persekolahan yang bersekolah DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN borang permohonan boleh diambil melalui guru baitulmal di sekolah masing-masing.

advertisement

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here