Hari ini Kerajaan telah mengumumkan SOP umum bagi membawa pulang pelajar-pelajar yang terkandas di kampus masing-masing untuk pulang ke kampung sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Baca Juga : Pelajar IPT Mungkin Dibenarkan Pulang. Tetapi Kerajaan Akan Kaji SOP Terlebih Dahulu

Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam sidang media Harian Perintah Kawalan Pergerakan di TV dan live di media-media sosial.

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Untuk Pulang Ke Kampung

Kerajaan telah memberi kelonggaran perjalanan pulang kepada pelajar IPT yang berada di kampus dan juga menyewa rumah di luar kampus. Jadi dengan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah membentangkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi membawa pulang pelajar-pelajar dibawah KPT. Bagi pelajar yang berada di bawah kementerian lain, jika mereka ingin membawa pulang pelajar mereka, Kerajaan menggalakan menggunakan SOP yang sama seperti KPT ini

SOP Bawa Pulang Pelajar

Kerajaan membenarkan mereka pulang bermula 27 April 2020 (Isnin)

  1. Waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan diwaktu siang.
  2. Pergerakan secara berperingkat dan hanya melibatkan perjalanan ke Zon Hijau sahaja. Pelajar yang rumahnya bukan di Zon Hijau perlu menunggu arahan Kerajaan selanjutnya.
  3. Pelajar yang ingin pulang perlu menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan mereka akan dibekalkan makanan dan topeng muka. Semua dibekalkan oleh Kerajaan.
  4. Penjarakkan sosial juga akan dilakukan di dalam setiap bas yang terlibat. Setiap tempat duduk yang mempunyai 2 kerusi, akan dihadkan untuk seorang sahaja.
  5. Pelajar IPT akan diambil terus menaiki bas, kemudian dihantar ke balai-balai polis di kawasan atau daerah tempat tinggal atau pejabat daerah mereka. Daripada sini, akan ada agensi yang bertanggugjawab untuk membawa mereka pulang terus ke rumah masing-masing.
  6. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri. Anda dibenarkan untuk memandu pulang dengan syarat tidak merentas negeri dan dibenarkan memandu seorang sahaja untuk satu kenderaan. Juga perlu mendapatkan kelutusan polis dan pihak universiti.
  7. Kerajaan akan menyediakan penerbangan bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah & Sarawak. Kemudian akan dikurantin selama 14 hari.

Proses penghantaran bawa pulang pelajar ini melibatkan 85% iaitu sekitar 53 ribu pelajar. Yang selebihnya 15% tidak berminat untuk pulang kerana atas beberap faktor tersendiri. Bagi mereka yang tinggal di kampus, Kerajaan akan terus menanggung mereka dari segi makan minum.

Untuk penerangan lebih terperinci, pihak KPT sendiri akan membentangkannya tidak lama lagi. Supaya pelajar sentiasa alert dengan berita seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here