advertisement

Mungkin kita pernah mengalami kelewatan bagi memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan dan sekali gus kita disuruh bayar denda. Mungkin di setiap perpustakaan berbeza jumlah dendannya. Tidak kira lah sama ada di perpustakaan awam mahupun perpustakaan di universiti atau sekolah.

Kadang-kadang mungkin sebagai pelajar, kita masih lagi mahu menggunakan buku yang dipinjam di perpustakaan sehingga lupa untuk memulangkan semula di perpustakaan. Atau mungkin juga hilangkan terus buku tersebut, jadi bayar denda la jawabnya. Terbanglah wang ringgit bukan.

bayar denda ump

Tetapi tahukah anda, di sebuah universiti di pantai timur. Mereka mengenakan bayar denda kepada pelajar yang lewat pemulangan bahan bacaan ke perpustakaan bukan dengan bayaran wang tetapi menggunakan botol minuman sahaja. Ya benar!

[Sudah Baca?] 6 Universiti Malaysia Antara 100 Yang Terbaik Di Dalam UI Universiti GreenMetric World Ranking

Bayar Denda Menggunakan Botol Minuman Di Universiti Malaysia Pahang

Universiti tersebut adalah, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Gambang dan Pekan. Perpustakaan UMP membenarkan bayar denda lewat pemulangan bahan bacaan menggunakan botol minuman plastik atau tin sejajar menjayakan program Waste4Fine.

bayar denda botol minuman

Program itu ialah sebagai usaha menyokong inisiatif pelaksanaan amalan hijau ke arah pencapaian Penarafan UI Greenmetrics yang dijalankan di universiti berkenaan.

Dari segi bayaran menggunakan botol plastik ini “Kadar diskaun yang tinggi ditawarkan oleh pihak perpustakaan iaitu bagi setiap botol untuk pembayaran denda di mana bagi botol bersaiz kurang dari 1000 ML akan mendapat diskaun 10 sen, manakala botol bersaiz melebihi 1000 ML dengan harga 20 sen.

Sempena program Waste4Fine ini, hari pembayaran menggunakan botol minuman berkenaan hanya dihadkan pada setiap rabu mengikut jadual operasi perpustakaan Universiti Malaysia Pahang sendiri.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here