Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
sekolah di sarawak di tutup

Beberapa buah sekolah di Sarawak di tutup hari ini (10 September 2019) ekorang masalah jerebu yang semakin buruk di negeri tersebut. Menerusi lamporan Bernama News sebanyak 9 daerah yang terjejas di beberapa sekolah di kawasan tersebut terpaksa di tutup bimbang akan keselamatan pelajar.

Sekolah yang terlibat katanya hampir 400 buah yang melibatkan sehingga 9 daerah selepas Ideks Pencemaran Udara (IPU) diambil dalam tahap yang membimbangkan iaitu dalam tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.

sekolah di sarawak di tutup

Jabatan Pendidikan Negeri memberi tahu penutupan sementara sekolah itu melibatkan 347 Sekolah Rendah dan 62 Sekolah Menengah di daerah Kuching, Samarahan, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Bau, Lundun dan Lubok Antu dan ianya melibatkan sebanyak 157,479 murid disana.

Baca juga : Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2020

Pihak mereka juga berkata walaupun berlaku penutupan sekolah tetapi peperiksaan UPSR yang sedang berjalan sehingga 12 Septembe 2019 ini tetap diteruskan.

Sekolah Di Sarawak Di Tutup Akibat Jerebu

Sejurus itu, pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membuat penghantaran 500,000 topeng muka kepada Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Sawarakan (JPBN) untuk di edarkan kepada orang ramai yang terjejas akibat Jerebu.

Laporan terkini menerusi Bernama News, IPU menunjukkan penuruan dan mungkin jika terus berlaku, esok (11 September 2019) sekolah dibuka semula. Jadi orang ramai berharap dan berdoa supaya jerubu yang melanda Sarawak akan terus pulih.

sumber : Bernama News, Portal Berita RTM

Artikel Berkaitan

1 thought on “Beberapa Sekolah Di Sarawak Di Tutup Disebabkan Jerebu”

  1. Pingback: Kini Sekolah Di Selangor Di Tutup Ekoran Jerebu - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain