advertisement

Beberapa sekolah ditutup di Johor. Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian terhidu gas sisa bahan kimia yang disyaki adalah gas metana iaitu gas beracus. Kejadian berasal daripada pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Johor Baru.

Jadi terdapat beberapa sekolah yang berhampiran dengan kawasan sungai yang tercemar tersebut sekali gus memberi kesan dan berlaku pencemaran udara disekeliling Sungai Kim Kim. Anda boleh baca berita lanjut di BHOnline

Sejurus kejadian yang banyak memberi kesan orang sekeliling termasuk murid-murid yang sudah terhidu gas beracun ini. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencava Negeri telah mengaktifkan Jawatankuasa Kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di Johor Bahru.

Berdasarkan arahan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) yang diadakan pada 12 Mac 2019, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sebanyak 11 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru ditutup mulai Rabu (13 Mac 2019) sehingga dimaklumkan kelak.

*Maklumat terbaru (14 Mac 2019) iaitu semua sekolah di kawasan Pasir Gudang telahpun ditutup sehingga diberitahu kelak

Sekolah ditutup tersebut adalah:

  1. SK Pasir Putih
  2. SMK Pasir Putih
  3. SK Tanjung Puteri Resort
  4. SMK Tanjung Puteri Resort
  5. SMK Kota Masai 2
  6. SK Kota Masai 2
  7. SK Perigi Aceh
  8. SMK Kota Masai
  9. SK Kota Masai 3
  10. SK Taman Pasir Putih
  11. SK Kota Masai
  12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih
  13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih

Kesemua sekolah ini ditutup atas syor Jawatankuasa yang mengambil kira aspek keselamatan murid-murid, para guru dan semua pihak yang berkaitan di sekolah.

Demi keselamatan semua pihak, tindakan susulan berkaitan penutupan juga telah dipanjangkan kepada pihak sekolah agar dimaklumkan kepada para ibu bapa dan murid terbabit.

Saranan yang ditekankan kepada orang ramai daripada Jabatan Kesihatan Negeri supaya :

  1. Mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut
  2. Menggunakan air terawat untuk aktiviti harian
  3. Kedap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksi terkena di anggota badan
  4. Untuk mengelakkan diri dari memasuki dan berada di kawasan kejadian tersebut dan dinasihatkan mengelak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim Pasir Gudang

Orang rmai juga diminta mengikuti maklumat terkini kejadian ini dari sumber maklumat yang sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Semoga mangsa kejadian dapat diselamatkan dan semoga cepat sembuh. Berharap juga pihak yang tidak bertanggungjawab melepaskan sisa toksik kedalam sungai diberi balasan setimpal. Get Well Soon Pasir Gudang!

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here