advertisement

Wanita ini berjaya tamatkan 20 online course selama tempoh kuarantin disebabkan pandemik COVID-19. Beliau ini dikatakan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 hari bagi 1 online course.

Filipina juga terkesan dengan jangkitan pandemik COVID-19 ketikat ini. Menurut laporan, sehingga kini terdapat lebih 14 ribu kes positif COVID-19 dengan menyebabkan 873 kematian. Di sana juga, di kuatkuasakan perintah PKP sama seperti di Malaysia dimana anda perlu berada di rumah dan dibenarkan keluar jika ada keperluan yang penting sahaja.

BACA : Murid Di Vietnam Kini Mula Bersekolah Selepas Perintah Lockdown Di Tarik Semula

Siapa sangka Paula Mendoza, 28 berjaya habiskan 20 kursus online yang ditawarkan daripada beberapa universiti terkemuka seluruh dunia dengan hanya duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh kurantin.

20 Online Course Dalam Masa Sebulan

Paula Mendoza, berumur 28 tahun berasal daripada Makati, Filipina yang juga merupakan pengurus online shopping platform telah mendapat liputan CNN tempatan berkaitan kisah inspirasi ini terutamanya bagi golongan pekerja dan pelajar masa kini.

online course
Antara sijil yang diperoleh daripada online courses

Bagaimana beliau lakukan?

Mengikut laporan CNN, Paula begitu teruja untuk belajar sesuatu yang baharu selama tempoh pandemik tersebut. Jadi beliau akan tetapkan apa yang ingin dilakukan iaitu sekurang-kurangnya 1 online course dalam 1 hari. Siapa sangka, akhirnya beliau berjaya habiskan 20 online course dalam masa 1 bulan.

Sehinggakan, Paula rasakan beliau tidak akan lena tidur jika tidak siapkan online course tersebut. Paling lama pun, beliau berjaya habiskan 1 course dalam masa 2 hari sahaja. Beliau telah mengambil online course daripada coursera.org yang menawarkan lebih 1000 kursus percuma daripada beberapa universiti terkemuka dunia yang sesuai untuk golongan pekerja dan pelajar.

Untuk melengkapkan online course tersebut, kebiasaanya anda perlu melalui beberapa quiz, beberapa tests, assigments untuk melayakkan anda menerima sijil daripada kursus tersebut. Ianya seperti ketika berada di dalam kelas.

Paula berharap, lebih ramai lagi golongan pekerja atau pelajar sekali pun untuk ambil kesempatan ini untuk menambah value (added-value) dalam diri untuk terus bersaing di masa akan datang. Kursus-kursus ini akan membezakan anda dengan orang lain dan boleh memberikan anda banyak kelebihan berbanding yang lain.

Bagi golongan pelajar pula, kursus seperti ini akan memudahkan anda ketika ingin mencari kerja kelak. Lebih banyak skills yang anda ada beserta certificate yang mendapat pengiktirafan, lebih mudah anda untuk diambil bekerja.

sumber : elitreaders

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here