advertisement

Malaysia berpeluang untuk namakan bintang dan planet di angkasa lepas oleh selepas diberi peluang keemasan ini daripada International Astronomical Union (IAU).

Program ini bukan sahaja diberi peluang atau berlangsung di Malaysia tetapi juga negara-negara lain. Ianya dianjurkan sempena sambutan 100 tahun Organisasi Astronomi dunia tersebut.

Penganjuran Pertandingan NameExoWorlds Malaysia ini merupakan anjuran bersama oleh badan bukan kerajaan iaitu “Apadilangit” dan Planetarium Negara. Ianya juga adalah penganjuran dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dan National Outreach Coordinator (NOC)

namakan bintang dan planet

Menurt IAU terdapat hampir 400 eksoplanet (planet luar sistem suria) yang telah diberjaya dikesan dan ditemui tetapi belum dinamakan, jadi inilah peluang yang ingin diberi kepada negara-negara terpilih.

Namakan Bintang Dan Planet Angkasa Lepasan Anda

Jadi melalui pertandingan NameExoWorlds Malaysia, anda berpeluang untuk namakan bintang dan planet tersebut kepada dengan nama cadangan anda sendiri dan jika sesuai nama tersebut, akan digunakan pada bintang dan planet tersebut.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan ini akan berlangsung bermula 1 Jula 2019 hingga 31 Ogos 2019.

Jadi kalau nama yang anda cadangkan tersebut terpilih, pastinya anda juga turut menjadi perbualan orang ramai. Bangga bukan. Tetapi anda mestilah mengikut segala syarat-syarat yang ditetapkan supaya penyertaan anda tidak terbatal nanti.

[Sudah Baca?] Tawaran Menjadi Penulis Buku Teks

Jika nama sudah dipilih kelak, nama planet dan bintang tersebut akan kekal terus menjadi rujukan seluruh dunia. Selepas dipilih oleh oleh pihak ANGKASA, nama tersebut akan dicadangkan dan keputusan akan ditentukan oleh IAU.

Ciri-Ciri Bintang Dan Planet

Malaysia telah diberikan sebuah bintang digelar HD20868 dan planet yg mengorbitnya iaitu HD20868b. Mereka berada di kedudukan buruj Fornex dengan jarak 150 tahun cahaya dari bumi.

Langkah-Langkah Untuk Sertai Namakan Bintang Dan Planet

1. Namakan

Kenali bintang & planet yang ingin dinamakan. Pilih nama yang sesuai mengikut syarat yang ditetapkan dalam laman web di www.myexoworld.apadilangit.com. Anda boleh baca syarat-syarat penyertaan di bahagian bawah.

2. Rakam Video

Rakam video ringkas (2 minit) dalam bahasa melayu/inggeris menghuraikan sebab nama tersebut dipilih dan muat naik ke laman youtube

3. Hantar

Kemudian anda mestilah Isi borang di yang disediakan di laman sesawang myexoworld

namakan bintang dan planet

Syarat-Syarat Penyertaan

Syarat-syarat mandatori:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Terbuka kepada murid sekolah rendah atau sekolah menengah atau persendirian; dan
  3. Berusia antara 7 hingga 17 tahun (pada tahun semasa).

Syarat-syarat umum:

Menamakan bintang dan planet. Kedua-dua nama tersebut
boleh menerangkan perkaitan antara satu sama lain.

Nama yang dicadangkan mestilah

  1. Antara 4 dan 16 aksara panjang dalam huruf Latin;
  2. Keutamaan diberi kepada satu perkataan sahaja bagi setiap nama;
  3. Mudah disebut atau diucapkan (dalam beberapa bahasa);
  4. Tidak menyinggung perasaan atau mengejek;
  5. Tidak sama atau serupa dengan nama objek astronomi yang ada;
  6. Nama yang telah diberikan kepada objek astronomi boleh diperiksa menggunakan pautan:

Menyediakan justifikasi mengenai cadangan nama tidak lebih daripada 150 patah perkataan.

Tidak dibenarkan mencadang:

  • Nama-nama yang telah sedia bernilai komersial;
  • Nama individu, tempat atau peristiwa yang berunsur politik,
  • Aktiviti ketenteraan atau keagamaan;
  • Nama individu yang telah meninggal dunia selepas tahun 1919;
  • Nama individu yang masih hidup;
  • Nama organisasi yang berkaitan dengan pertandingan ini;
  • Nama haiwan kesayangan;
  • Nama yang baharu dicipta;
  • Akronim;
  • Nama yang mengandungi nombor atau tanda bacaan; dan
  • Nama yang dilindungi oleh tanda dagang (trademark) atau didaftarkan sebagai harta intelek (IP).

Keutamaan nama yang bercirikan Malaysia.

Penyertaaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Dapatkan maklumat lanjut tentang bintang dan planet serta maklumat lanjut dari laman Web www.myexoworld.apadilangit.com

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here