advertisement

Berita baik untuk lepasan SPM, STPM dan setarafnya, anda sudah boleh mula memohon Biasiswa SEGI University. Biasiswa ini sangat istimewa kerana kalau anda atlet sukan peringkat negeri dan kebangsaan, anda pasti mahu teroka Biasiswa SEGI University ini.

Tawaran Biasiswa SEGI University ini diberikan mengikut keputusan SPM anda, jika anda mendapat keputusan lebih daripada 10A, anda dapat penajaan penuh, 9A ke atas, 75% dan sebagainya. Untuk memohon, boleh tengok caranya dibawah

biasiswa segi university

Permohonan Biasiswa SEGI University

Biasiswa ini sudah tentu diberikan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di SEGI University. Jadi dengan Biasiswa SEGI University ini pastinya dapat digunakan sepenuhnya untuk kos pengajian ketika pendaftaran masuk kelak. Jika anda berminat untuk memohon Biasiswa SEGI University ini, anda perlu memohon di pautan disediakan dibawah ini

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia yang berumur 25 tahun dan kebawah
  • Mempunyai pencapaian akademik yang baik
  • Aktif dalam aktiviti Ko-Kurikulum
  • Mendapat recommendation daripada pengetua sekolah adalah satu kelebihan
  • Pemohon mesti dapatkan minimum CGPA 3.70 setiap tahun untuk meneruskan biasiswa ini.

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Peratus Bantuan Biasiswa Berdasarkan Pencapaian Akademik

SPM / O-Levels

10A dan ke atas = 100%
9A dan ke atas = 75%
8A dan ke atas = 50%

STPM / Matrikulasi / A-Levels / Asasi / Diploma

CGPA 4.00 / 4A = 100%
CGPA 3.75 / 3A = 75%
CGPA 3.50 / 2A = 50%

UEC

7A atau 5 point = 100%
6A atau 7 point = 75%
5A atau 10 point = 50%
4A atau 15 point = 25%

Australian Matriculation (SACE, WACE, MUFY, SAM)

ATAR 95 – 100 = 100%
ATAR 90 – 94 = 75%
ATAR 84 – 89 = 50%

Untuk maklumat lanjut, boleh layari segiuniversity.edu.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here