advertisement

JPA Malaysia telah menerima pelawaan permohonan Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) Teacher Training Students 2020 daripada Kedutaan Besar Jepun di Malaysia.

Baca Juga : Biasiswa Young Leaders 2020 Untuk Murid Tingkatan 4

Biasiswa ini adalah terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG) untuk menjalankan kajian berkaitan pendidikan sekolah untuk tempoh bermula daripada Oktober 2020 sehingga Mac 2022 di universiti di Jepun.

biasiswa kerajaan jepun

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 2020)

Tarikh permohonan online oleh pegawai yang berminat adalah bermula pada 15 Januari 2020 sehingga tarikh tutup iaitu pada 11 Februari 2020. Anda boleh memohon melalui pautan yang disediakan di bawah

Tatacara Permohonan / Pencalonan

Tanggungjawab Pegawai

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
    1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
    2. Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
    3. Application Form (beserta gambar/ gambar digital berukuran 4.5cm x 3.5cm);
    4. Placement Preference Application Form;
    5. MEXT Ceftificate of Health;
    6. Salinan skrol dan transkrip ljazah Pertama dan Sarjana (sekiranya ada) yang telah disahkan;
    7. Surat pengesahan perkhidmatan dan sokongan oleh majikan semasa; dan
    8. Sijil pengesahan kompetensi Bahasa Jepun (sekiranya ada).
  2. Dokumen (3) sehingga (8) di atas hendaklah dikemukakan dalam bentuk satu (1) dokumen asal dan dua (2) dokumen salinan. Sila rujuk senarai semak, panduan permohonan dan panduan kursus yang disediakan di sistem https://esilav2.jpa.gov.my/ bagi memastikan permohonan yang dihantar mematuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.
  3. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan

  1. Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
  2. Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005 dengan menggunakan Borang JPA(L)LDP 1A196 (LAMPIRAN B). Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Perenggan 2.1.2.

Syarat-Syarat Permohonan Dan Pencalonan

  1. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2020 (lahir selepas atau pada 2 April 1985);
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira dari 1 Oktober 2020);
  3. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  4. Mempunyai penguasaan Bahasa lnggeris yang baik;
  5. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2016, 2017 & 2018) atau (2017, 2018 & 2019). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  6. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2020);
  7. Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  8. Telah mengisytiharkan harta;
  9. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  10. Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera; dan
  11. Pegawai yang memiliki kemahiran dan kebolehan dalam Bahasa Jepun digalakkan memohon.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here