Pasti ramai yang mencari terutamanya guru mencari cara install font jawi di komputer dengan cara yang betul dan mudah.

Lagi-lagi jika guru itu berada atau mengajar di sekolah agama yang pastinya mereka selalu menggunakan tulisan jawi atau bahasa arab bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Jadi disini, akan ditunjukkan kepada anda semua cara install font jawi di komputer supaya anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk buat soalan peperiksaan atau apa-apa yang berkaitan dengan tulisan tersebut.

Baca Juga : Cara Print Sijil Mudah, Pantas Dan Senang

Jawi juga merupakan salah satu font atau jenis tulisan yang perlu anda dapatkan dan install di komputer. Jika tidak ianya tidak akan berfungsi sebaliknya hanya menggunakan tulisan rumi sedia ada.

Kita sedia maklum tulisan jawi sedikit berbeza dengan tulisan arab dimana terkandung 6 huruf tambahan antaranya adalah چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ

Tapi dengan cara yang akan ditunjukkan ini, kesemua tulisan jawi ini akan dimasukkan sekali. Jadi anda boleh buat tulisan arab dan juga tulisan jawi.

Cara Install Font Jawi Di Komputer

Bagi memastikan anda dapat guna font jawi ini dengan betul, terlebih dahulu anda perlu dapatkan software yang disediakan disini

Jawi UKM Keyboard: Muat Turun

Jika sudah download, anda boleh extract file tersebut menggunakan software WinRar

Kemudian anda cari file bernama setup.exe dan klik padanya

cara install font jawi

Install dan tunggu sehingga selesai

cara install font jawi

Jika sudah selesai, anda boleh semak adakah ianya berjaya install atau tidak dengan klik pada bahagian kanan bawah dan akan terpapar JAWI UKM 2016 Keyboard. Jika sudah ada makna install anda telah berjaya.

cara install font jawi

Install Font Jawi

Software sudah berjaya dan tulisan ini mesti disatukan dengan font jawi yang bersesuaian. Jadi antara font yang anda boleh dapatkan adalah seperti dibawah

  • Font Arabic typesetting
  • Font Jawi Uthman Taha
  • Font Jawi Lateef
  • Font Majalla

Boleh download kesemua file tersebut disini

Jika sudah selesai download kesemua font tersebut. Untuk install pula, anda klik pada file font tersebut dan klik Install

cara install font jawi

Tunggu sehingga selesai.

Jika sudah siap, kini anda sudah boleh guna sepenuhnya font jawi yang telah di install di komputer atau laptop anda.

Jika anda ingin gunakan font jawi, anda hanya perlu tukar Font Jawi UKM 2019 Keyboard pada bahagian kanan bawah desktop anda. Secara automatik keyboard anda sepenuhnya akan ditukarkan kepada tulisan jawi.

cara install font jawi

Tekan SHIFT untuk dapatkan tulisan jawi yang lain

cara install font jawi

Jika anda tidak pasti dimana tulisan jawi yang tersedia di sebalik keyboard tersebut, anda boleh dapatkan stiker panduan tulisan jawi dan lekat pada keyboard komputer anda

cara install font jawi

Info lanjut : Stiker Tulisan Jawi

sumber : pendidikan2u.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here