advertisement

Kebiasaanya guru pasti akan melalui pengalaman mencari cara print sijil dengan mudah dan pantas. Ini kerana kerja ini memerlukan output yang banyak kerana bilangan murid yang bakal menerima sijil itu ramai. Jadi mereka perlu menyediakan kuantiti yang banyak tetapi dengan nama yang berbeza bagi setiap sijil.

Kerja ini pastinya susah dan ambil masa yang lama untuk disiapkan jika anda meletakkan nama pelajar pada sijil kemudian print. Proses ini pastinya memenantkan.

Baca Juga : Malaysia Akan Hilang Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050. Biar Betul?

Tetapi melalui perkongsian daripada seorang pemilik akaun facebook Izzati Hamid. Beliau berkongsi tutorial lengkap bagaimana print sijil untuk Majlis Pelantikan Pengawas Asrama 2017 nya. Beliau perlu siapkan 43 sijil dalam 1 masa hari. Terbukti cara tersebut berkesan tanpa perlu copy satu-satu nama.

Cara Print Sijil Dengan Mudah Dan Pantas

#1 – Buka Miscrosoft Word dan sediakan template sijil mengikut idea dan kreatif anda. Adjust font, saiz font, jarak dan sebagainya.

cara print sijil
Langkah 1

#2 – Buka Microsoft Excel. Sediakan semua nama & no kad pengenalan yang terlibat untuk dimasukkan di dalam sijil. Kemudia Save. Font & saiz tulisan di Excel tu tak tukar pun takpe. Yang penting adalah di Word

cara print sijil
Langkah 2

#3 – Masuk kembali ke Microsoft Word sijil tu tadi. Pilih > MAILINGS > START MAIL MERGE > Click STEP-BY-STEP MAIL MERGE WIZARD dan Pilih “LETTERS”. Akhir sekali, Click “NEXT: STARTING DOCUMENT”

cara print sijil
Langkah 3

#4 – Pilih “USE THE CURRENT DOCUMENT” kemudian Click “NEXT: SELECT RECIPIENTS”

cara print sijil
Langkah 4

#5 – Pilih “USE AN EXISTING LIST”. Tekan “BROWSE” dan Pilih Senarai Nama yang nak print tadi (File Excel). Akhirnya Click “OPEN”

cara print sijil
Langkah 5

#6 – Pilih “SHEET” nama tadi. Click “OK”.

cara print sijil
Langkah 6

#7 – Akan keluar macam ni. Click “OK”.

cara print sijil
Langkah 7

#8 – Click “NEXT: WRITE YOUR LETTER

cara print sijil
Langkah 8

#9 – Select tempat NAMA pada sijil kemudian Click “MORE ITEMS”. Pilih NAMA. Click “INSERT”. Tekan “CLOSE’.

cara print sijil
Langkah 9

#10 – Ulang Step 9 tetapi tukar di bahagian No Kad Pengenalan.

cara print sijil
Langkah 10

#11 – Click “NEXT: PREVIEW YOUR LETTERS”

cara print sijil
Langkah 11

#12 – Click “NEXT: COMPLETE THE MERGE”

cara print sijil
Langkah 12

#13 – Okey. Dah boleh tekan “PRINT”. Nanti akan keluar macam ni. Boleh la nak print semua atau separuh-separuh. Kalau rasa uas-uas try la di kertas biasa dulu. Selamat Mencuba. SIAP!

cara print sijil
Langkah akhir

sumber : facebook Izzati Hamid

advertisement

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here