Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bagi Alumni Matrikulasi batch 2016/2017 dan sebelumnya bagi seluruh Malaysia, jika anda masih tidak menuntut sijil Matrikulasi lagi, anda boleh berbuat demikian. Mungkin ada antara alumni yang masih tidak sempat untuk datang sendiri untuk tuntut sijil. Mungkin sekarang sudah sambung belajar di tempat yang jauh dan kekangan masa tidak mengizinkan.

Jadi di sini, satu perkongsian cara untuk anda tuntut Sijil Matrikulasi  dan seterusnya anda diberi pilihan sama ada untuk ambil sendiri atau melalui kiriman pos. Sudah pasti ianya menjadi lebih murah. Caranya mudah sahaja.

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi

1. Terlebih dahulu anda download dan dapatkan borang permohonan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah

Tekan Sini

2. Kemudian isi borang tersebut seperti biasa dan penuhkan informasi yang berkenaan

3. Pergi ke Pejabat Poslaju dan beli 2 keping sampul Prabayar Size L RM10/pcs  (Sampul Oren – Di antara Semenanjung ATAU Sampul Biru – Diantara Semenanjung ke Sarawak/Sabah).

4. 1 keping sampul ditulis seperti biasa maklumat anda sebagai pengirim dan pihak KPM sebagai penerima dengan alamat:

Pengarah, Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya 
(U.P. Unit Data dan Maklumat, BM)



5. 1 keping lagi anda hanya tulis maklumat dan alamat anda di bahagian penerima sahaja. Sampul ini anda masukkan ke dalam sampul pertama beserta borang permohonan. Kemudian anda pos seperti biasa. Selesai

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

sumber: twitter ainamajo

Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

2 thoughts on “Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos”

  1. hello.. nak tanya, note “MOHON JANGAN DILIPAT, JANGAN DIGULUNG” boleh tampal sendiri ka kat sampul prabayar poslaju..? tq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain