advertisement

Melalui pemerintahan kerajaan baru sekarang, melalui Menteri Pendidikan sendiri berkata di mana setiap kanak-kanak layak diberi pendidikan atau bersekolah walaupun mereka tiada dokumen pengenalan sekali pun. Jadi pendidikan untuk semua di aplikasikan di Malaysia ini.
Pendidikan di pada umumnya dibahagikan kepada pendidikan di Sekolah dan juga Pengajian Tinggi. Bila di sekolah terdapatnya peringkat Sekolah Rendah dan Menengah manakala di Pengajian Tinggi, sudah pastinya peringkat Universiti ada pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Muda dan sehinggalah peringkat Phd.
Rata-rata antara kita mendapat pendidikan bermula di sekolah dan mungkin tidak mampu untuk sambung ke peringkat pengajian tinggi dan ada yang mampu. Tetapi adakah pernah kita rasa atau tanya diri kita, kenapa kita belajar? Ada yang jawab sebab mencari ilmu, sebab suka belajar, sebab nak cari kawan, sebab nak cari kerja dan sebagainya.
Jawapan itu semuanya betul dan boleh digunakan, tetapi sebagai umat Islam yang beriman, keutamaan kita seharusnya adalah sebab kita belajar adalah kerana Allah dan selepas-selepas itu baru la datang sebab-sebab seperti yang disenaraikan di atas. 
Betul, bukan senang sifat ikhlas itu datang ke setiap diri kita. Jadi pihak Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibuh Samahah Dr. Zulkifli ada memberi tunjuk ajar serba sedikit bagaimana cara untuk kita belajar kerana Allah
Cara Untuk Belajar Kerana Allah

Dalam belajar amalkanlah amalan berikut:
  • Betulkan niat belajar ikhlas kerana Allah tanpa mengira exam atau tidak
  • Tidak bertujuan mencabar ulama’/orang yang lebih berilmu/guru atau ingin menunjuk kepada orang jahil yang kita pandai
  • Sanggup berpenat lelah dalam usaha menuntut ilmu
  • Banyakkan membaca buku
  • Contohi tokok ulama’ dalam menuntut ilmu
Untuk penerangan atau bacaan yang lebih lanjut, anda boleh lawati artikel AL-KAFI #987: BAGAIMANA CARA UNTUK BELAJAR KERANA ALLAH di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here