Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Dapatkan Buku Teks Digital Di Aplikasi KPM eTextbook Dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Dapatkan Buku Teks Digital Di Aplikasi KPM eTextbook Dari Kementerian Pendidikan Malaysia | Sebelum ini pihak kerajaan telah mengeluarkan hasrat bahawa pembelajaran digital akan direalisasikan. Jadi hari ini, usaha awal pembelajaran digital ini telahpun terjadi di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan aplikasi buku teks digital kepada murid sekolah.
Menurut penerangan di dalam video terbitan KPM, aplikasi KPM eTextbook menyediakan buku teks digital ini dalam bentuk EPUB dan bukannya PDF. Kelebihan EPUB ini adalah, para murid dapat membuat nota, highlight bahagian-bahagian penting dan juga bookmark. Ianya seolah-olah anda menggunakan buku teks sebenar. 
Dapatkan Buku Teks Digital Dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Antaramuka di website KPM eTextbook
Dapatkan Buku Teks Digital Di Aplikasi KPM eTextbook Dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Anda boleh terus lawati laman web www.textbook.moe.gov.my dan ikut arahan seterusnya untuk pendaftaran. Bagi menggunakan eTextbook, anda boleh download aplikasi KPM eTextbook Reader ini terus ke smartphone anda sama di platform Android atau platfom iOS dan juga menggunakan komputer dengan download software disini. Kini anda boleh baca dengan semua peranti
Buat masa ini, daripada penilitian saya, hanya terdapat beberapa judul buku sahaja terutamanya bagi tahun 1, tahun 6, tingkatan 1 dan tingkatan 4. Dan yang pastinya, bilangan judul akan di tambah dari semasa ke semasa.
Jadi dengan adanya aplikasi ini, para murid dapatlah simpan buku teks di sekolah sahaja dan boleh menggunakan eTextbook ketika berada di rumah atau luar sekolah. Masalah bag berat dengan buku teks yang sering di hadapi oleh murid-murid sedikit sebanyak boleh dikurangkan dengan adanya KPM eTextbook. Tapi ingat, gunakan teknologi yang disediakan dengan bijak tau
Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain