advertisement
Home Blog Page 2

BigPay : Cara Daftar, Topup Akaun Dan Cara Keluarkan Duit Ke Akaun Bank

0

Disini anda akan ketahui apakah kelebihan yang diperoleh daripada akaun BigPay termasuklah cara daftar untuk pemula, cara top up dan juga cara keluarkan duit daripada akaun BigPay sekiranya anda perlukan cash.

BACA : Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan ShopeePay, BigPay, Boost Atau TnG eWallet

BigPay antara eWallet yang kini mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia. Dengan itu, mereka yang menggunakannya dapat berbelanja secara online mahupun di kedai-kedai terpilih secara tanpa tunai (cashless)

Kelebihan BigPay

Berbanding eWallet Malaysia yang lain, BigPay bukan sahaja boleh digunakan di dalam negara tetapi juga diterima di luar negara. Ini kerana ianya disambungkan dengan Mastercard/Visa.

kelebihan bigpay

Bukan itu sahaja, anda boleh cucuk-duit (withdraw) dari mesin ATM juga sama ada di Malaysia atau di oversea. Tak cukup dengan itu, nak transfer duit secara online pun boleh apabila kini diperkenalkan sambungan DuitNow.

  • Anda akan dapat kad fizikal (kad debit) VISA secara percuma
  • Setiap perbelanjaan anda boleh dapat Air Asia Big Point (tebus di airasia.com)
  • Kadar tukaran wang asing yang sangat berbaloi (hampir sama macam di google)
  • Boleh trek segala perbelanjaan dan setiap transaksi keluar masuk duit pada bahagian Analytics
  • Tiada yuran tahunan

Cara Daftar BigPay

Untuk mendaftar, anda hanya perlu download aplikasi BigPay di Play Store atau App Store kemudian ikuti Langkah dibawah untuk proses pendaftaran:

  1. Buka aplikasi BigPay dan klik Sign Up
  2. Kemudian pilih negara iaitu Malaysia
  3. Masukkan nombor telefon dan OTP yang dihantar ke telefon anda
  4. Isi butiran peribadi seperti emel, nama, no Mykad, dan pelbagai lagi
  5. Pada bahagian Referrals masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma dalam akaun BigPay anda
  6. Masukkan alamat rumah dengan betul. BigPay akan hantar kad fizikal terus ke rumah anda secara percuma (5-7 hari)
  7. Ambil gambar MyKad beserta selfie anda bagi tujuan pengesahan
  8. Akhir sekali anda perlu topup RM20 yang mana duit ini kemudian akan dimasukkan semula ke akaun BigPay anda. (Ianya bukan caj tetapi sekadar pengesahan transaksi sahaja)

Secara asasnya, akaun BigPay bagi yang baru daftar akan ada RM30 termasuk tebus guna refferal code. Dah selesai, semua anda dah boleh guna BigPay.

Cara Top Up Akaun BigPay

Hari demi hari anda sering menggunakan akaun BigPay untuk buat bayaran. Jadi anda perlu top up sekiranya baki anda berkurangan. Caranya cukup mudah.

  1. Buka aplikasi BigPay dan pada halaman utama klik pada ikon + pada sebelah jumlah baki anda.
  2. Kemudian masukkan nilai yang anda mahu tambah nailai. (Minima RM1)
  3. Disini anda boleh pilih untuk topup menggunakan perbankan online, kad debit/kredit atau secara tunai di 7-eleven
  4. Proses pembayaran seperti biasa sehinggalah selesai

Cara Keluarkan Duit Dari Akaun BigPay

Kini dengan adanya fungsi DuitNow, selain daripada anda boleh transfer duit ke akaun lain, anda juga boleh keluarkan duit BigPay dengan cara transfer ke akaun bank tempatan:

  1. Buka aplikasi BigPay dan pergi pada bahagian Payments. Klik DuitNow Transfer
  2. Kemudian klik New DuitNow Transfer dan pilih Account Number beserta masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan (minima RM1.00)
  3. Pada paparan seterusnya, masukkan butiran bank anda berserta nombor akaun. Jika sudah, klik Next
  4. Sebelum sahkan, boleh semak butiran terlebih dahulu. Jika sudah ok, klik Send
keluarkan duit bigpay

Duit tersebut akan masuk ke akaun bank anda serta merta. Jadi lepas tu, anda boleh la withdraw dengan menggunakan mesin ATM untuk dapatkan cash.

Dengan adanya BigPay, anda kini tidak perlu bawa jumlah wang yang banyak untuk berbelanja. Kini sudah banyak premis perniagaan telah menyediakan pembayaran secara cashless termasuk menggunakan eWallet.

Tapi kalau tiada eWallet pun, BigPay masih menyediakan pembayaran secara tanpa tunai dengan menggunakan kad fizikal Visa yang diberi. Mudah kan.

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi BigPay di www.bigpay.com

Cara Mohon Perantisiswa Keluarga Malaysia Khusus Untuk Mahasiswa

0
perantisiswa

Kerajaan telah mengumumkan permohonan bagi menerima bantuan Perantisiswa Keluarga Malaysia berupa tablet kepada mahasiswa boleh dimohon bermula 15 April 2022 pada jam 8.00 pagi.

BACA : Cara Mohon Bantuan One-Off RM50,Pakej Pelan Data & Kad Sim dan Peranti (Laptop) Untuk Pelajar IPT

Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 mahasiswa yang tergolong dalam keluarga B40 yang bertujuan membantu pembelajaran secara online dan hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.

Perantisiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Syarat Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan PerantiSiswa seperti dibawah layak untuk buat permohonan iaitu

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan sebelum ini

Terma Perantisiswa Keluarga Malaysia

Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet. Jadi anda perlu dapatkan sendiri sambungan internet selepas ini.

Selain itu, anda perlu serahkan semula tablet ini sekiranya :

  • Menamatkan pengajian
  • Berhenti pengajian
  • Dibuang pengajian
  • Menyalahgunakan tablet yang diberi sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang
  • Melanggar apa-apa syarat yang ditentukan

Sekiranya berlaku kerosakan, kehilangan atau kecurian, penerima tersebut perlu melaporkan melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak. Jadi mahasiswa yang menerima tablet tersebut adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatannya.

Bagi butiran terperinci berkaitan terma & syarat permohonan, anda boleh dapatkan rujuk di pautan ini.

Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia

perantisiswa

Sekiranya anda layak mengikut syarat yang ditetapkan, anda boleh mula mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia mulai 15 April 2022 (hari Jumaat) pada pukul 8.00 pagi.

  1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar Pengguna
  2. Kemudian anda perlu lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran. Jika sudah, klik Daftar
  3. Sekiranya pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi di emel untuk tujuan pengesahan. Klik Aktifkan Akaun
  4. Login semula dengan menggunakan alamat emel dan password yang telah ditetapkan sebelum ini
  5. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan. Semak dan lengkapkan borang tersebut pada ruang yang wajib diisi
  6. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat. Kemudian klik Hantar Permohonan
  7. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan

Untuk keterangan lanjut berkaitan cara permohonan, anda boleh dapatkan manual disini

Bilakah Keputusan Diumumkan Dana Akan Diberikan PerantiSiswa Ini?

Pemakluman status permohonan akan dibuat melalui emel kepada pemohon yang berjaya. PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.

Proses Rayuan

Sekiranya ada mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan dengan banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, mereka boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Untuk info lanjut berkaitan PerantiSiswa Keluarga Malaysia, anda boleh pergi ke laman web rasmi di perantisiswa.kkmm.gov.my

Tiada Lagi Penggiliran Ke Sekolah Mulai 17 April

0
tiada lagi penggiliran di sekolah

Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan dimana tiada lagi penggiliran bermula 17 April 2022 dimana kesemua murid dibenarkan hadir ke sekolah rendah secara bersemuka seperti biasa.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dikongsikan di lama facebook beliau hari ini melalui slot #TanyaDRJ.

‘Anak-anak di sekolah rendah yang sebelum ini hadir secara bergilir, bermula April di negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B, boleh datang sekolah bersemuka seperti biasa tanpa penggiliran.

Kumpulan A adalah terdiri daripada sekolah-sekolah yang berada di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain diletak dalam kumpulan B.

Keputusan ini dibuat selepas melihat proses sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lepas dan sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah menengah sejak isnin lepas.

Sebelum ini, KPM telah menetapkan murid Tahun 3, 4 dan 5 hadir ke sekolah secara penggiliran terutama di sekolah yang melebihi 600 orang manakala bagi yang jumlah pelajar di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

KPM juga berharap kesemua guru dan murid supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di sekolah walaupun negara kini sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.

Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Daripada Yayasan Pelajaran Johor

0
skim bantuan pendaftaran ke ipt

Berita baik kepada semua anak Johor apabila Yayasan Pelajaran Johor kini telah membuka permohonan bagi Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 bermula 2 April hingga 16 April 2022.

Skim SBP ini merupakan Agenda 12 Johor Berkebajikan yang mempunyai objektif untuk mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di IPT terutama bagi mereka yang baru mendaftar.

Sasaran pihak YPJ adalah seramai 1,700 mahasiswa Johor daripada keluarga yang berpendapatan RM4,000 – RM5,000 ke bawah untuk menerima skim bantuan ini.

Syarat Am Permohonan

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & MARSAH);
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Cara Untuk Memohon Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 ini boleh dibuat bermula 4 April 2022 sehingga tarikh tutup iaitu 16 April 2022 yang boleh dibuat secara online. Anda boleh pautan dibawah untuk memohon

skim bantuan pendaftaran ke ipt

Dokumen Wajib

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Cara Menghantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 daripada Yayasan Pelajaran Johor, anda boleh pergi ke pautan https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

Dapatkan informasi Bantuan dan Pinjaman Pendidikan serta Biasiswa di Telegram dengan sertai t.me/biasiswa4all

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Dibayar Pada Hari Gaji

0
bantuan khas aidilfitri

Hari ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan berita gembira khusus kepada penjawat awam berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawa awam Gred 56 dan ke bawah.

Bukan itu sahaja, kakitangan dibawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP juga bakal menerima bantuan khas ini.

Selain itu, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob juga mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri ini sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022 (Isnin)

Pengumuman bantuan khas kali ini dibuat lebih awal kerana bagi membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawa awam (Persekutuan) dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Yayasan Didik Negara Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Menteri Pendidikan

0
yayasan didik negara

Pada Jumaat yang lalu, Yayasan Didik Negara (YDN), iaitu sebuah yayasan di bawah KPM telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya.

YDN adalah sebuah yayasan yang berperanan menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Yayasan Didik Negara akan menjadi pusat sehenti atau one-stop center yang menyelaras segala bentuk sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuk syarikat swasta dan individu.

YDN akan memastikan agihan sumbangan atau bantuan kepada murid dan sekolah dibuat secara lebih optimum, tidak tertumpu di kawasan atau sekolah tertentu sahaja.

Alhamdulillah, usaha YDN mendapat perhatian dan dokongan pelbagai badan korporat dan juga orang perseorangan. Sehingga kini, sumbangan sejumlah RM20 juta telah diselaraskan oleh YDN. Sebahagian besar sumbangan tersebut telah diagihkan kepada kumpulan sasar yang ditetapkan. Tahniah kepada CEO dan seluruh warga YDN.

Dalam pada itu juga, Dr. Radzi Jidin zahirkan ucapan terima kasih kepada PETRONAS, MRC, TNB, McDonald, Pharmaniaga, Ekuinas, FarmFresh, Etiqa, FGV, Takaful, Wysen, Percetakan Nasional dan Bank Muamalat dan beberapa badan korporat lain yang sudi bekerjasama dan memberi sumbangan kepada YDN samada dalam bentuk kepakaran, kewangan mahu pun bukan kewangan.

  • yayasan didik negara
  • yayasan didik negara
  • yayasan didik negara

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan Mock Cheque ???? daripada institusi-institusi dan badan korporat yang terdiri daripada Bank Muamalat, Percetakan Nasional, Wysen, Takaful Malaysia, FGV Holding Berhad, Etiqa Family Takaful, Farm Fresh, EKUINAS, Pharmaniaga, Ronald McDonald House Charities, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysian Rubber Council dan yang terakhir ialah PETRONAS.

Selain itu, sebanyak 20 buah komputer riba turut diagihkan kepada 20 orang pelajar yang terpilih untuk kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap bersama-sama semua orang membantu YDN dalam menjayakan usaha membantu KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan untuk generasi pewaris negara, khususnya bagi kumpulan murid yang memerlukan.

Seramai 8,120 Guru Baharu Berjaya Dalam Temuduga Pengambilan Khas Secara One-Off

0
guru baharu

Seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara one-off yang berjaya dalam temuduga fasa 2 dan 3 boleh mula membuat semakan penempatan pada 14 Februari yang lalu.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin menerusi laman facebook rasmi beliau yang mengumumkan keputusan bagi pengambilan khas guru baharu secara one-off.

Guru-guru ini akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac 2022.

Pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

‘Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan. Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat’

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik untuk mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru one-off dalam masa terdekat.

Ini amat penting bagi menampung keperluan guru, khususnya bagi sesi persekolahan akan datang.

‘InsyaAllah KPM akan berusaha untuk menyelesaikan perkara yang telah lama berlarutan satu per satu. Teruskan memberi sokongan anda demi pendidikan generasi pewaris negara.’

Permohonan UPUOnline 2022/2023 Dibuka Mulai 4 Februar Ini

0
permhonan upuonline

Berita baik untuk pelajar lepasan sesi akademik 2021 apabila Jabatan Pendidikan Tinggi mengumumkan permohonan UPUOnline bagi sesi Akademik 2022/2023 akan dibuka mulai 4 Februari 2022 (hari Jumaat).

Permohonan ini adalah untuk lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

BACA : Permohonan UPUOnline 2020

Oleh itu, bagi kategori permohonan lepasan SPM 2021, 2020 dan 2019, anda layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Asasi (UA), Diploma (UA, Politeknik & ILKA), Sijil (KK & ILKA) dan Ijazah Sarjana Mudah (UiTM).

Manakala bagi kategori permohonan lepasan STPM/Setaraf adalah bagi pelajar STPM 2021, Matrikulasi, Asasi Sains UM, Asasi Pintar UKM, Asasi UiTM, STAM 2021 & 2020 serta Diploma/Setaraf layak untuk menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda di UA

Cara Buat Permohonan UPUOnline

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPUOnline iaitu upu.mohe.gov.my mulai 4 Februari 2022 jam 12.00 tengah hari sehingga tarikh tutup 31 Mac 2022 jam 5.00 petang.

permhonan upuonline

Semua pelajar digalakkan mengisi Fasa 1 kerana pelajar yang tidak mengisi fasa 1 tidak akan dapat mengemaskini pada fasa 2 kelak.

Untuk pengisian fasa 1, pelajar digalakkan mengisi sahaja kursus yang diminati tanpa mengambil kira keputusan. Ini kesemua 12 pilihan.

Di galakkan pelajar yang berminat kursus temuduga untuk mengisi 4 pilihan pertam dengan kursus temuduga pada fasa 1. Jika pelajar tidak memilih kursus temuduga pada pengisian fasa 1, pelajar tidak akan dipanggil temuduga dan kursus temuduga tidak lagi akan ditawarkan pada pengemaskinian fasa 2.

Penangguhakn Bayaran Proses No. Unik ID

Mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menangguhkan sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada semua pemohon.

tiada bayaran permhonan upuonline

Ini bermakna, pemohon tidak diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline.

Ini pastinya dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjurkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-8870 8200

Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguhkan Seminggu

0
sesi persekolahan

Sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 adalah ditangguhkan untuk satu minggu susulan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri ketika ini.

Melalui pengumuman daripada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 2 Januari depan ditangguhkan seminggu susulan bencana banjir yang telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru dan pastinya sekolah.

BACA : Kalendar Dan Takwim Akademik Sesi 2022/2023 & Tarikh Cuti Sekolah

Ramai antara mangsa yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat rumah yang dinaiki air yang pastinya datang dengan sehelai sepinggang kerana semua harta benda ditenggelami air.

Sesi Persekolahan Dibuka Semula

Sekolah akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala 10 Januari 2022 untuk negeri kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan), Sabah dan Sarawak.

KPM sentiasa komited untuk mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru-guru dalam sebarang keputusan yang dibuat.

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json