advertisement
Home Blog Page 37

Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Guru 2019

0
iklan esei
English Language Teaching Centre (ELTC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Minconsult Sdn. Bhd., Persatuan Oxford & Cambridge Malaysia, English Speaking Union (ESU) dan Sunway University College (SUC) menganjurkan pertandingan menulis esei
Bahasa Inggeris Let’s Write! Be Creative with English
pertandingan menulis esei kpm 2019
Pertandingan julung kali ini diadakan bersempena sambutan Hari Guru 2019. Pertandingan ini diadakan bertujuan memberi ruang meraikan cerita dan pengalaman mereka tentang perkembangan pendidikan negara dalam abad ke-21 melalui penulisan
Pertandingan Let’s Write! Be Creative with English ini bermula pada 6 Mei 2019 dan akan berakhir pada 10 Jun 2019

Syarat Penyertaan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru, pegawai dan pensyarah yang bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) Malaysia.
  2. Peserta pertandingan dikehendaki menulis esei antara 1000 hingga 1200 patah perkataan di bawah tema Mutual Respect, Love and Happiness Within Teaching and Learning Environment
  3. Penyertaan mesti ditulis dalam bahasa Inggeris, dan boleh dalam bentuk atau genre apa pun.
  4. Satu catatan bagi setiap peserta sahaja. .
  5. Sebaik sahaja satu esei diserahkan, guru / pegawai / pensyarah tidak akan berpeluang untuk mengubahnya. Sila pastikan bahawa butiran peribadi adalah betul.
  6. Plagiarisme tidak diterima dalam pertandingan ini.
  7. Hanya penyerahan dalam talian sahaja yang akan diterima. Semua penyertaan dalam talian mesti dikemukakan sebelum tengah malam pada 10 Jun 2019 di www.eltc.edu.my
 
Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan dan pemenang pula akan menerima hadiah wang tunai serta sijil pencapaian yang ditaja oleh Minconsult Sdn. Bhd. dan Sunway University College
Majlis penyampaian hadiah pertandingan Let’s Write! Be Creative with English akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada 26 Julai 2019 di Dewan Za’aba, KPM, Putrajaya.
 

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 18 Mei – 24 Mei 2019

0
Harga Petrol Baru

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
harga baru petrol
Bermula pada 18 Mei sehingga 24 Mei 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:
RON 97 : RM2.68 (↓TURUN 2 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)
sumber: mykpdnhep

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019

1
Pinjaman Pendidikan

Kemasukan baru pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi akan berlansung tidak lama lagi. Kebiasaanya bagi Universiti Awam (UA), kemasukan akan bermula pada awal September. Jadi kepada semua calon yang berjaya mohon bagi kemasukan kepada mana-mana Insititus Pengajian Tinggi, bersiap lah apa sahaja keperluan yang perlu kelak
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019
Salah satu keperluan yang rasa amat penting sudah pastinya dari segi kewangan. Jadi berita baik kepada pelajar baru kelak khususnya anak-anak Pahang di mana Yayasan Pahang (YP) telah membuka bagi Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019
YP mempelawa calon-calon yang berkelayakn untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang Diluluskan oleh YP

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bagi Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2019 bermula dari 17 Mei 2019 (Jumaat) sehingga 10 Jun 2019 (Isnin)

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my di ruangan atas talian dengan memilih ikon SISPEN
  2. Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP beserta dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum atau pada 10 Jun 2019

Syarat Kelayakan

1.   Anak Negeri Pahang seperti takrif berikut:
  • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang ATAU
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh YP/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim
  • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon
2.   Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul
3.   Mempunyai taraf kesihatan yang baik
4.   Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori yang diberitahu

Program Yang Ditawarkan

1.   Diploma di Politeknik
  • Sepenuh Masa (RM4500 setahun)
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja
2.   Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (Tahun Pertama)
  • Bidan tersebut: 
    • Farmasi
    • Kejuruteraan & Teknologi
    • Ekonomi & Kewangan Islam
    • Perakauan/Pensijilan Profesional Perakaunan
    • TESL
    • Pertanian & Industri Halal
    • Pelancongan & Warisan
  • Bagi kategori ini pemohon perlu memiliki kelulusan diperingkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi/Asasi ATAU STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya tahan Band 2 dalam MUET
  • Sepenuh Masa (RM3000 setahun)
  • Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)
3.   Sarjana/Kedoktoran di IPTA (Tahun Pertama)

  • Memilik kelulusan Ijazah Sarjana Mudah/Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
  • Sepenuh Masa (RM3000 setahun)
  • Separuh Masa (Yuran Pengajian Sebenar ATAU maksimum RM10000 sepanjang tempoh pengajian)
  • Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

Senarai IPTA Yang Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan YP

Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019
Pendidikan Untuk Semua

Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

0
Bantuan Aidilfitri
Secara rasminya sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia telah memberi tahu bawa pihak penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019 sekali gus dapat berbelanja sedikit sebanyak ketika lebaran.
Melalui kenyataannya, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019 yang bakal tiba.
Tidak lupa juga, bantuan khas ini juga turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.
Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

Senarai Facebook Rasmi Kolej Matrikulasi

0
facebook kkmp
 
Kemasukan baharu bagi program Matrikulasi (KPM) bagi sesi akademik 2019/2020 telah bermula pada 12 Mei yang lepas bagi sebahagian Kolej Matrikulasi. Pelajar-pelajar akan mempelajari salah satu kursus yang ditawarkan sama ada kursus Sain, Perakaunan atau Teknikal. Program Matrikulasi juga dibahagikan kepada program Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)
 
Jadi sempena itu, disini admin kongsikan laman web rasmi setiap Kolej Matrikulasi beserta Facebook Rasmi yang mungkin anda boleh rujuk di lain waktu kelak bagi memudahkan urusan aktiviti atau selainya.

Senarai Facebook Rasmi Kolej Matrikulasi 

Kolej Matrikulasi Melaka | http://www.kmm.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMM

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan | http://www.kmns.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMNS

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | http://www.kmpp.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMPP

Kolej Matrikulasi Perlis | http://www.kmp.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMP

Kolej Matrikulasi Labuan | http://www.kml.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KML

Kolej Matrikulasi Johor | http://www.kmj.matrik.edu.my | Facebook Rasmi  KMJ

Kolej Matrikulasi Perak | http://www.kmpk.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMPK

Kolej Matrikulasi Kedah | http://www.kmk.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMK

Kolej Matrikulasi Pahang | http://www.kmph.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMPH

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah | http://www.kmtk.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMTK

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang | http://www.kmtph.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMTPH

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor | http://www.kmtj.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMTJ

Kolej Matrikulasi Selangor | http://www.kms.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMS

Kolej Matrikulasi Kelantan | http://www.kmkt.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMKT

Kolej Matrikulasi Sarawak | http://www.kmsw.matrik.edu.my | Facebook Rasmi KMSW

Kolej MARA Kulim | http://www.kmkulim.edu.my | Facebook Rasmi KMKULIM

Kolej MARA Kuala Nerang | http://www.kmkn.edu.my | Facebook Rasmi KMKN

Johan Keseluruhan Guru Inovatif Tahun 2019 telah dianugerahkan kepada Cikgu Julianty Idris, Dengan ciptaan Beezy Whizzy

1
festival guru

Festival Guru Malaysia kini sedang berlangsung bermula daripada 12 Mei sehingga 16 Mei 2019 yang diadakan di Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YBhg Datuk Dr. Amin Senin. Dalam ucapaan, beliau memeberitahu bahawa “Guru-guru perlu sentiasa bersedia dalam menempuhi cabaran revolusi Industri 4.0”

Berucap mewakili YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, beliau berkata, para guru harus memainkan peranan utama sebagai agen perubahan.

“Begitu jugalah daripada pihak pengurusan sekolah. Mengintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi minat dan keupayaan untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi,” kata beliau.

Kata beliau, dalam memelihara kebajikan warga pendidik dan membantu memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik usaha Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) untuk mengemukakan cadangan mengenai keperluan memperkenalkan satu skim perlindungan kemalangan berkelompok kepada guru-guru, khususnya yang bertugas mengiringi pelajar-pelajar menghadiri sebarang aktiviti luar sekolah.

“Saya berharap YGMB dapat mengemukakan cadangan yang baik ini untuk bersama-sama difikirkan mekanismenya,” kata beliau lagi.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Guru Sempena Hari Guru 2019 bagi tujuh kategori individu dan satu kategori berkumpulan.

Guru Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Melaka, Cikgu Julianty Idris telah memenangi bagi kategori Guru Inovatif Individu Prasekolah selain dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan ciptaan atau inovasinya dinamakan “Beezy Whizzy” sekali gus telah berjaya membawa pualng plak dan wang tunai RM2000.

“Beezy Whizzy memfokuskan kepada kaedah pembelajaran riang atau fun learning untuk murid-murid prasekolah belajar mengenai matematik, fizikal sains, bahasa Melayu dan lain-lain.  

“Kaedah pembelajaran Beezy Whizzy itu ialah ia banyak melibatkan sentuhan dan rasa pada benda yang wujud dan ia lebih cepat dipelajari oleh kanak-kanak kerana mereka akan cepat belajar jika berasa seronok,” katanya ketika ditemui di sini.

Majlis Pelancaran Festival Guru Malaysia turut dihadiri Pengerusi YGMB, YBrs Aminudin Adam; Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg Datuk Wan Munadi Wan Mamat serta Pengurusan Tertinggi KPM.

 

festival guru malaysia 2019
Pemenang Anugerah Inovatif Johan Keseluruhan pada Cikgu Julianty Idris

 

festival guru malaysia 2019
Cikgu Julianty Idris bergambar bersama  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin

 

festival guru malaysia 2019
Kemeriahan Festival Guru Malaysia 2019

 

festival guru malaysia 2019
Gimik pelancarang FGM 2019 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin (empat dari kiri)

 

festival guru malaysia 2019
Antara pemenang pada FGM 2019

 

festival guru malaysia 2019
Antara pemenang pada FGM 2019

 

Hadiah Daripada McDonald’s Sempena Hari Guru

0
hadiah mcd kepada cikgu
Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun di Malaysia, pihak McDonald’s Malaysia berbesar hati memberikan baucer set hidangan kepada semua guru di Malaysia dengan hashtag yang digunakan #TerimaKasihGuru.
 
Sempena dengan sambutan Hari Guru yang bakal disambut pada tahun ini, pihak McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia berbesar hati untuk memberikan satu set hidangan sederhana McDonald’s secara percuma kepada guru-guru serta pentadbir di semua sekolah di bawah penyelian Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap guru yang mendidik anak bangsa
 
Penerima akan menerima baucer dan boleh menebusnya dengan 1 set hidangan sederhana McChicken atau 1 set hidangan Flet-O-Fish lengkap dengan minuman dan kentang goreng.

Baucer ini boleh ditebus di semua 278 restoren McDonald’s di seluruh Malaysia dari 16 Mei 2019 – 20 Mei 2019
 

 

Hadiah Daripada McDonald's Sempena Hari Guru
sumber gambar daripada pendidik2u.my

Semakan Panggilan Temu Duga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2019/2020

2
semakan temuduga

Jika pada hari yang sama (Jumaat) telah dihebahkan dengan semakan panggilan ujian MEDSI suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Hari yang sama juga calon lepasan SPM/Setaraf boleh membuat Semakan Pangilan Temu Duga bagi Program Bukan Pendidikan bagi beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam

Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga

Bagi calon Lepasan STPM/Setaraf yang telah memohon UPUOnline sebelum ini dan memohon jurusan yang perlukan Temu Duga, bermula 10 Mei 2019 (Jumaat) anda boleh membuat semakan panggilan temu duga bagi program bukan pendidikan .

Senarai Universiti Yang Terlibat Dengan Panggilan Temu Duga

Pendidikan Untuk Semua

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 11 Mei – 17 Mei 2019

0
harga baru petrol

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 11 Mei sehingga 17 Mei 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:    

RON 97 : RM2.70 (TURUN 10 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json