advertisement
Home Blog Page 40

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 20 April – 26 April 2019

0
harga petrol baru

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 20 April sehingga 26 April 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.80 (NAIK 12 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Penjelasan Isu Dan Fakta Program Matrikulasi KPM

0
isu matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa matlamat asal Program Matrikulasi KPM ialah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang

Pemilihan Kemasukan Ke Progam Matrikulasi

Dasar pengambilan Program Matrikulasi KPM pada tahun ini masih mengekalkan 90 peratus tempat kepada Bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan Bumiputera berdasarkan sistem meritokrasi. Kiraan merit pula dijalankan berdasarkan kepada empat (4) mata pelajaran mengikut bidang yang dimohon. Empas (4) mata berkenaan adalah berbeza-beza berpandukan bidang-bidang yang ada dalam program ini iaitu Sains, Perakaunan atau Kejuruteraan.

Ini bermakna, jika seseorang pelajar mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pengiraan merit hanya tertakluk kepada empat (4) subjek tertentu sahaja. Dalam masa sama, dasar sedia ada pengambilan pelajar ke program ini ditentukan melalui 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

Isu Berbangkit

KPM juga ingin memaklumkan bahawa penawaran 2200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 adalah bersifat one-off, berdasarkan kepada keperluan semasa dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi.

Hal yang sama juga dilaksanakan dalam amalan penawaran 1000 tempat untuk kaun Cina yang dibuat sebelum ini pada tahun 2018. Ia turut bersifat one-off, berdasarkan kepada keperluan dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi.

Dasar Baharu Pengambilan

Walau bagaimanapun, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan berpendapatan rendah (B40), dasar pengambilan ke Program Matrikulasi KPM pada tahun 2019 telah memperuntukan 60 peratus tempat kepada pelajar dari golongan B40 dan baki 40 peratus kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20)

Pelaksanaan dasar baharu ini adalah lebih seimbang dengan memberi peluang kepada pelajar yang layak dan pada masa yang sama memberi fokus kepada golongan B40 secara bersasar.   Kementerian mengambil maklum pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak sejak keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM diumumkan.

Tarikh Permohonan Rayuan

Oleh itu, mereka yang tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan yang boleh dibuat secara dalam talian, serahan tangan, pos, faksimil dan emel.   Tarikh akhir rayuan dalah pada 29 April 2019. Keputusan permohonan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang KPM, pesanan teks ringkas atau talian telefon Bahagian Matrikulasi KPM mulai 21 Mei 2019

Berikut merupakan kenyataan media rasmi daripada KPM

apa itu matrikulasi
apa itu matrikulasi

Anda Berpeluang Mendapat Kedua-dua Tawaran Matrikulasi Dan UPUOnline

0
matrikulasi dan upuonline

Pada 15 April 2019 yang lepas, pasti rata-rata pemohon lepasan SPM bagi kemasukan Matrikulasi telah mendapat jawapan sama ada mereka dipelawa untuk memasuki program itu atau tidak. Sudah pastinya jika memenuhi syarat minimum, anda akan layak untuk mengikuti program Matrikulasi. Tahniah untuk anda yang berjaya.

Selain jawapan Matrikulasi, jawapan UPUOnline juga ditunggu-tunggu oleh pemohon lepasan SPM khususnya yang akan diumumkan pada 5 Mei 2019. Tetapi adakah jika anda sudah dapat tawaran Matrikulasi, anda juga dapat tawaran UPUOnline?

Jawapannya SUDAH TENTU! 

  • Jika anda memenuhi syarat minimum tawaran UPUOnline tidak akan terjejas jika calon menerima atau menolak tawaran Matrikulasi
  • Permohonan Matrikulasi dan UPUOnline adalah dua saluran yang berbeza
  • Tarikh hebahan keputusan UPUOnline lepasan SPM sesi akademik 2019/2020 adalah pada 5 Mei 2019

Jadi anda tidak perlu risau, ini kerana anda berpeluang untuk mendapat 2 tawaran sekali gus, tetapi sudah tentu anda tidak boleh memasuki 2 institusi dalam waktu yang sama. Jadi sejurus SPMOnline kelak diumumkan, anda harus memilih 1 sahaja program yang ditawarkan. Program tersebut sama ada, program Matrikulasi yang bertempat di pusat Matrikulasi sendiri atau program UPU yang bertempat di Universiti Awam seluruh Malaysia. 

Admin juga dulu menerima 2 tawaran tersebut iaitu di Matrikulasi Kuala Pilah dalam bidang sains hayat dan juga program Diploma dalam bidang kejuruteraan. Akhirnya admin memilih untuk mengikuti program Diploma di Universiti Malaysia Pahang. Jika berkesempatan, admin akan terbitkan posting kelebihan memasuki program Diploma selepas habis SPM dalam masa terdekat ini.

matrikulasi dan upuonline
buat pilihan dengan bijak

Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia Bagi Tahun 2020 Kini Dibuka

0
permohonan sekolah seni

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) merupakan sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Kemudahan yang disediakan di SSeM adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang. 

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Tarikh Permohonan

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia bagi Kemasukan tahun 2020 telah dibuka bermula 16 April sehingga15 September 2019. Untuk memohon sila layari

https://essem.moe.gov.my/

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan
  3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  7. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  8. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh muat turun Manual Pengguna dan FAQ

* Bilangan murid yang boleh diterima bagi sesuatu mata pelajaran amat bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Namun untuk menjamin keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran, SSeM dicadangkan menerima maksimum 25 orang murid bagi kelas satu mata pelajaran : (pertambahan kelas adalah tertakluk kepada perancangan fizikal).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Zuraini Binti Abu Hassan   Tel : 03-88721620
Nurulhaslinda Binti Zolkernain   Tel : 03-88721659 Atau
emelkan pertanyaan ke :
Email : mohonssem@moe.gov.my

Pendaftaran Calon Persendirian Bagi Peperiksaan SPM 2019 DiLanjutkan

0
daftar calon persendirian

Pendaftaran bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 yang merupakan calon persendirian telah ditutup pada 31 Mac 2019 yang lepas. Walaupun demikian, Lembaga Peperiksaan (LP) telah menerima banyak permohonan daripada orang ramai agar pendaftaran SPM 2019 dibuka semula.

Tarikh Pendaftaran

Sehubungan dengan itu, LP membuka semula pendaftaran calon persendirian bagi peperiksaan SPM 2019 mulai 15 April 2019 (Isnin) sehingga 30 April 2019 (Selasa)

Pendaftaran boleh dibaut secara dalam talian dengan melayari laman web LP di alamat  http://sppat.moe.gov.my

Cara Pendaftaran

Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah dibuat melalui Jabatan pendidikan Negeri tempat calon ingin menduduki peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mengisi borang pendaftaran. Selain yuran peperiksaan, calon juga perlu membuat bayaran tambahan iaitu Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30

Senarai Pemenang Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2018

0
pemenang anugerah sukan kpm

Telah berlangsung pada 11 April 2019 yang lepas, Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)-MSSM-MILO Tahun 2018. Majlis yang berlangsung di Putrajaya itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Datuk Dr. Amin Senin.

Ianya merupakan acara tahunan dalam kalendar KPM. Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ini dianjurkan bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para atlet murid, jurulatih sukan dan tokoh pemimpin sukan atas kejayaan, komitmen dan khidmat bakti yang diberikan mereka sehingga menyumbang kepada kejayaan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sepanjang tahun.

Sebanyak 101 pencalonan telah diterima dari seluruh negara dalam pelbagai disiplin sukan dan penerima-penerima anugerah pada hari ini telah dibuat oleh panel profesional yang telah dilantik.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada atlet murid dan jurulatih sukan untuk terus menyumbang kepada pembangunan sukan negara,”

kata YBhg Datuk Dr. Amin Senin

Aifa Azman dari acara sukan skuasy telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas. Kategori Anugerah Putera Sukan Tahun 2018 telah dimenangi oleh Muhammad Fauzi Kaman Shah dari Sukan Pelayaran. Anugerah Puteri Sukan dianugerahkan kepada Izzah Amzan dari sukan gimrama. Mereka menerima piala, pingat, sijil penghargaan dan wang tunai RM5,000.

Majlis turut menyampaikan Anugerah Atlet Pendidikan Khas Putera dan Puteri serta Anugerah Tunas Sukan Putera dan Puteri.

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2018
antara pemenang anugerah

Senarai Penuh Pemenang Anugerah KPM-MSSM-MILO 2018

Anugerah Tunas Harapan Puteri
Tan Rouxin (SJKC Ping Ming, Lima Kedai, Johor Bahru)
Renang

Anugerah Tunas Harapan Putera
Harith Danial Jefri (SK Jalan Bintang, Miri, Sarawak)
Skuasy

Anugerah Pendidikan Khas Puteri
Lalitta Bon Ong (SMK Syed Sirajuddin, Jejawi, Arau, Perlis)
Olahraga  

Anugerah Pendidikan Khas Putera
Eddy Bernard (SMK Beluran, Pekan Beluran, Sabah)
Olahraga  

Anugerah Khas Puteri
Lee Hui Xian (Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara)
Wushu  

Anugerah Khas Putera
Fariz Haikal Mohd Kadir (SMK Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur)
Berbasikal  

Anugerah Guru Berjasa Wanita
Keoh Lay Khuan (SJKC Kampung Baru Semenyih, Semenyih, Kajang)
Gimrama  

Anugerah Guru Berjasa Lelaki
Ganesh Raza (SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor)
Olahraga  

Anugerah Jurulatih Cemerlang Mohd Saizul Hafifi Md Noor (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor)
Ragbi  

Anugerah Tokoh Sukan (Kepimpinan) Hj. Nik Ahmad Hj. Yaakub
Bola Sepak  

Anugerah Inspirasi Sukan: Sukan: Hoki 5 Sebelah (Kejohanan Olimpik Remaja)

  • Muhammad Hamiz Mohd Ahir (SSTMI)
  • Muhammad Amirul Hamizan Azahar (SSTMI)
  • Muhammad Arif Syafie Ishak (SSTMI)
  • Mohamad Akhimullah Anuar Esook (SSTMI)
  • Syarman Mat Tee (SSTMI)
  • Muhammad Noor Firdaus Rosdi (SSTMI)
  • Muhammad Muhibuddin Moharam (SSTMI)
  • Che Shahrul Azmi Che Saupi (SSTMI)
  • Mohammad Kamarulzaman Kamaruddin (SMK Bentara Luar)

Anugerah Puteri
Izzah Amzan (Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur)
Gimrama  

Anugerah Putera
Muhammad Fauzi Kaman Shah (SMK Kelibang, Jalan Batu Asah, Langkawi, Kedah)
Pelayaran  

Anugerah Emas
Aifa Azman (Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur)
Skuasy

 Anugerah Juara MSSM 2018
Johan – Selangor
Naib Johan – Johor
Ketiga – Perak

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2018
Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2018
Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2018

sumber: facebook KPM

Tawaran Biasiswa Peringkat Sarjana Dan PhD Tahun 2019 Daripada Yayasan Terengganu

0
biasiswa yayasan terengganu

Yayasan Terengganu (YT) ditubuhkan pada 1 Mei 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan. Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-

  • Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
  • Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
  • Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Sejurus dengan hasrat penubuhan, kini pihak YT telah membuat tawaran kepada pelajar yang layak bagi menerima bantuan Biasiswa pelajaran. Kali ini merupakan Tawaran Biasiswa Peringkat Sarjana dan PhD bagi sesi 2019.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 11 April 2019 sehingga 30 Mei 2019 dengan klik di bahagian bawah

Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu (Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan) beserta dengan semua salinan dokumen yang diperlukan dan disahkan

Bidang Yang Ditawarkan 

  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Perakaunan
  • Undang-Undang
  • Ekonomi/Sains Sosial

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Syarat Khusus

Program Sarjana (Master)

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf
  • Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negera
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon

Program Doktor Falsafah (PhD)

  • Lulus Ijazah Sarjana (Master) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara)
  • Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara
  • Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja
  • Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangankan berdasarkan kouta, merit, lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangungan Pendidikan Yayasan Terengganu

Untuk tawaran-tawaran lain, anda boleh rujuk laman web rasmi Yayasan Terengganu
www.yt.org.my

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 13 April – 19 April 2019

0
harga petrol baru

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 13 April sehingga 19 April 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.68 (NAIK 5 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa MyBrainSC Tahun 2019

0
temuduga mybrain

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana, PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara. Tawaran ini telah dibuka pada Januari sehingga Februari yang lalu dan kini anda boleh semak bagi panggilan temuduga pula

Tarikh Bermula Semakan

Sukacita dimaklumkan semakan panggilan sesi temuduga bagi Biasiswa MyBrainSc tahun 2019 boleh dibuat bermula pada 10 April 2019 jam 10.00 pagi di pautan

https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/

Objektif Program

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Kaedah Pemilihan dan Cara Semakan

  1. Anda boleh membuat semakan dengan cara log masuk dan ikut arahan seterusnya
  2. Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik.

Selamat berjaya kepada pemohon yang akan menduduki sesi temuduga ini. Semoga ianya berjalan lancar dan mendapat hasil daripada usaha-usaha anda selama ini. All the best!

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json