advertisement

Sebentar tadi telah diadakan sidang media khas daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik yang katanya ada ura-ura beliau akan umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Akhirnya persoalan yang ditimbulkan sejak beberapa jam yang lepas telah terjawab.

Melalui sidah khas tersebut, Dr. Maszlee Malik umumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia bermula esok (3 Januari 2019) selepas perkenan dan nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Baca Juga : Baca Kad Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah bagi sesi 2020 baru sahaja bermula pada hari semalam dan hari ini (1-2 Januari 2019) tetapi kini mereka khususnya di bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah kehilangan tonggak utama kementerian tersebut.

Dr. Maszlee Malik Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Dalam sidang media tersebut, selepas membentangkan ringkasan pencapaian beliau bersama KPM selama 20 bulan diangkat sebagai Menteri, beliau juga meluahkan rasa sedikit kecewa. Dengar kerja yang dibuat terhadap sistem pendidikan Malaysia, tetapi media hanya highlightkan perkara yang remeh sahaja seperti isu kasut hitam, tulisan jawi dan sebagainya.

Apa-apapun, kami admin daripada pendidikan4all mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Dr Maszlee Malik atas segala kerja yang dibuat selama ini untuk memastikan semua golongan mendapat pendidikan dengan tag line ‘Pendidikan Untuk Semua’. Selamat maju jaya Pakcik Dr. Maszlee Malik

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here