advertisement

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals bakal dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya bagi menyahut saranan Kerajaan Negeri memperkasakan budaya membaca.

Festival julung kali diadakan ini bakal mengetengahkan tiga komponen utama iaitu FokusBaca, Pertandingan Terbuka Rakan Strategik dan FokusMomen.

Bila Festival Antarabangsa #MySchoolGoals Akan Diadakan?

Festival ini akan diadakan pada 29 Julai 2019 iaitu pada pagi Isnin bermula jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang.

Seperti maklumat di atas, terdapat 3 komponen utama akan berlangsung sepanjang festival ini. Bagi FokusBaca membawa tiga program utama didalamnya, antaranya program bertukar buku terbesar di Malaysia dan Pesta Buku Remaja yang terbuka kepada semua sekolah di Malaysia serta Asia Tenggara.

[Sudah Baca?] Johan Keseluruhan Guru Inovatif Tahun 2019 telah dianugerahkan kepada Cikgu Julianty Idris, Dengan ciptaan Beezy Whizzy

myschoolgoals

Manakala Pertandingan Terbuka Rakan Strategik (FokusTanding) mengadakan pelbagai pertandingan menarik seperti laporan berita melalui Instagram dan pertandingan menghasilkan video pendek.

myschoolgoals

Sementara itu, bagi FokusMomen yang berkolaborasi dengan Tourism Selangor bakal mempromosikan produk pelancongan serta budaya masyarakat tempatan khususnya di negeri ini (Selangor).

myschoolgoals

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals ini yang diadakan di SMK TTDI Jaya menyasarkan lebih 500 penyertaan dalam pertandingan itu dan dimeriahkan dengan kehadiran 3,000 pengunjung. Pelajar yang menyertai pertandingan ini turut berpeluang memenangi sijil diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat antarabangsa.

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals menerima sokongan penuh McDonalds Malaysia, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dan Tourism Selangor.

Selain 3 komponen itu, juga terdapat 2 kali acara lain seperti FokusAnugerah bagi sesi malam dan juga FokusEduTourism iaitu acara mempelajari dan ketahui tempat-tempat menarik yang ada di Selangor untuk anda lawati.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.myschoolgoals.com.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here