advertisement

Berita baik untuk Mahasiswa Baharu Sarawak, anda boleh dapatkan insentif daripada Yayasan Sarawak melalui Hadiah Galakan IPT untuk tahun 2020.

Kepada mereka yang bakal masuk ke menara gading, Yayasan Sarawak akan memberi insentif buat anda yang menerima tawaran ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara termasuk di universiti swasta di negeri Sarawak sahaja.

BACA : Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Bagi Peringkat Diploma

Anda akan menerima bayaran one-off mengikut lokaliti IPT anda seperti berikut :

IPTA di semenangjung = RM1500
IPTA dan 3 IPTS di Sarawak = RM1000

Mohon Segera Hadiah Galakan IPT Melalui Skim Bantuan Yayasan Sarawak

Permohonan ini tiada tarikh tutup dan ianya dibuka sepanjang tahun. Jadi jika pelajar akan memasuki ke menara gading, anda boleh terus mohon. Anda boleh mohon secara online di laman web https://yayasansarawak.org.my atau klik pautan dibawah

Jika tidak berkesempatan, anda boleh mohon secara manual dengan dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabatan pendidikan, PPD atau di mana-mana pejabata ADUN. Anda juga boleh muat turun di pautan ini.

Cara Mohon

  1. Pergi ke laman web https://yayasansarawak.org.my
  2. Kemudian cari Perkhidmatan Atas Talian dan klik Permohonan Atas Talian
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang Next
  4. Kemudian masukkan maklumat-maklumat penting untuk pendaftaran:
    1. No. telefon bimbit
    2. Emel
    3. Password
    4. Soalan Keselamatan
    5. Jawapan Keselamatan
  5. Tandakan pada kotak ‘I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy.’
  6. Kemudian klik butang ‘Register.’
  7. Login untuk membuat permohonan.
  8. Klik hantar apabila selesai mengisi maklumat permohonan.
  9. Salinan dokumen yang dikehendaki perlulah dihantar ke Yayasan Sarawak.

Manakala bagi permohonan secara manual, anda boleh hantar borang permohonan bersama salinan dokumen di alamat dibawah

Penolong Pengarah (Seksyen Pembiayaan)
Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jln Sultan Tengah, 93050, Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Syarat Permohonan

  1. Khusus untuk pelajar yang mengikuti pengajian di Insitusi Awam dan Insitusi Pengajian Tinggi Awam sahaja beserta IPTS di Sarawak.
  2. Tawaran ini dibuka kepada pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma, Ijazah dan Institusi Latihan Kemahiran
  3. Perkapita keluarga di bawah RM1000.00.
  4. Khusus untuk Pelajar yang berada di semester satu sahaja.
  5. Mana-mana bahagian maklumat yang tidak lengkap tidak akan di proses.
  6. Sila tanda ( ) dan kepilkan salinan dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Kaum/Penghulu/Penggawa,
  7. Guru Besar dan Pengetua Sekolah, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan
  8. Kumpulan A dan Profesional berdasarkan turutan nombor di bawah;

Untuk maklumat lanjut berkaitan Hadiah Galakan IPT, anda boleh hubungi pihak Yayasan Sarawak 082-441686 atau menghantar emel ke alamat ys@yayasansarawak.org.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here