advertisement

Musim peperiksaan semester bagi Universiti Awam telah pun selesai dan kini pelajar sibuk bercuti penggal semester. Tetapi dalam beberapa minggu yang akan datang, permulaan semester baru akan bermula dan sudah tentunya disusuli dengan keputusan peperiksaan akhir semester sebelumnya.

Jadi Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengumumkan bermula 15 Februari 2019 ini, keputusan akhir akan diumumkan melalui aplikasi iStudent SAHAJA dan tidak lagi melalui email setiap pelajar. (tiada lagi email dari Mr.Salam)
Berikut adalah cara untuk memuat turun aplikasi UiTM iStudent melalui UiTM Digital Campus:
  1. Muat turun aplikasi UiTM Digital Campus di : Android | iOS
  2. Log in menggunakan Student ID dan password iLearn anda
  3. Pilih menu ‘My Digital Apps’ dan tekan install pada iStudent
  4. Pilih platform Android atau iOS dan muat turun aplikasi UiTM iStudent. Seterusnya ikut langkah seperti dalam infografik
hebahan keputusan peperiksaan melalui aplikasi uitm digital campus
Semoga semua warga UiTM lebih cakna dengan teknologi baru yang digunapakai selepas ini. Dan juga semoga berjaya kepada warga UiTM khususnya dan pada warga universiti-universiti lain juga yang akan ketahui keputusan akhir peperiksaannya nanti.

Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here