Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Berita baik bagi lepasan SPM dan juga STPM/Setaraf di mana pihak KPM telah mengeluarkan tarikh-tarikh penting bagi Permohonan UPUOnline bagi sesi Akademik 2019/2020. Jadi kepada pemohon yang berkaitan boleh sudah siapkan segala maklumat yang diperlukan sehingga tarikh permohonan di buka kelak
Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2019/2020 ini bagi kemasukan Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
hebahan tarikh permohonan upuonline sesi akademik 2019/2020

Permohonan UPUOnline akan dibuka pada 25 Februari 2019 pada jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada 2 April 2019 pada jam 11.59 malam (Tertakluk pindaan). Segala permohonan di buat atas talian di pautan www.upu.moe.gov.my

Bagi kategori pemohon adalah seperti berikut:

  • Lepasan STPM/Setaraf (Permohonan bagi kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA)
    • Yang layak pemohon; STPM 2018, Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM 2018/2019
  • Lepasan SPM (Permohonan bagi kemasukan Asasi dan Diploma di UA, Politeknik, Sijil KK dan ILKA)
    • Bagi lepasan SPM 2016, 2017 dan 2018
Permohonan UPUOnline mesti lah diikuti dengan Nombor Unik ID yang boleh diperolehi di BSN.
  • Pembelian boleh mula dibuat pada 25 Februari 2019 sehingga 1 April 2019
  • Dengan harga RM15.60
  • Boleh di beli di Kaunter BSN, mesin ATM BSN atau melalui Perbankan Internet (myBSN)
  • Anda hanya perlu sediakan Nama dan No Kad Pengenalan sahaja


Sebarang pertanyaan:
portal rasmi : https://upu.moe.gov.my
Talian Hotline : 03-88708200

Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain