advertisement

Sebelum ini hebat diperkatakan dimana calon SPM2019 membuat sebuah petition kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menuntut gred pemarkahan kertas add math diturunkan sehingga 5% bagi markah lulus dan 50% bagi markah A+. Hal itu mendapat pelbagai riaksi daripada warganet sendiri.

Baca Juga : Pelajar SPM2019 Menuntut Supaya Markah Lulus Add Math Diturunkan Kepada 5%

Susulan daripada perkara itu, seorang individu tampil kehadapan bagi memberi riaksi yang berlainan terhadap isu ini iaitu dengan menyelesaikan permasalahan calon SPM2019 yang katanya soalan add math tersebut begitu susah. Siva tampil dengan memberi solusi terhadap kesemua soalan add math kertas 2 SPM2019 di akaun facebook miliknya.

Jawapan Soalan Add Math SPM2019

Matematik tambahan atau Additional Mathematics terbahagi kepada 2 kertas iaitu Kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 mengandungi 25 soalan dan jawab dalam masa 2 jam manakala kertas 2 mengandungi 2 bahagian dengan jumlah keseluruhan 15 soalan dan jawab dalam masa 2 jam setengah.

Kertas 1 anda perlu menjawab kesemua soalan manakala kertas 2 anda perlu menjawab semua soalan dalam bahagian A, 4 soalan (daripada 5 soalan) dalam bahagian B dan 2 soalan (daripada 4 soalan) dalam bahagian C.

Individu tersebut yang juga mahasiswa lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menunjukkan semua penyelesaian masalah dengan memberi jawapan soalan add math kertas 2 SPM2019 iaitu berjumlah 15 soalan beserta jawapan dan jalan kira sekali.

Anda boleh rujuk gambar seperti dibawah bagaimana beliau menyelesaikan masalah bagi setiap soalan daripada kertas 2 add math SPM2019. Mungkin ianya boleh dijadikan sebagai rujukan kepada calon SPM2019 untuk semak jawapan anda, sekiranya masih ingat.

Untuk pengetahuan Siva menjawab kesemua 15 soalan termasuk soalan elektif dalam masa 3 jam sahaja.

Beliau juga sepertinya memberitahu tiada alasan sepatutnya dibuat oleh calon ini bagi menuntut gred lulus add math diturunkan serendah 5% dengan membuat petisyen sedemikian. Mungkin tahap kepandaian beliau berbeza dengan calon SPM2019 ketika ini, tetapi tuntutan petisyen sedemikian sepatutnya tidak dilakukan oleh pelajar. Mungkin ada penyelesaian yang labih baik daripada pihak Kementerian sendiri.

Selain itu, Siva sendiri juga telah membuka tawaran tuisyen berkumpulan yang bertapak di Kota Bharu Kelantan yang bermula pada 3 Januari 2019 dengan mengfokuskan mata pelajaran Add Math, penyelesaian kerja sekolah dan persediaan peperiksaan. Anda boleh tengok maklumat seperti di bawah

sumber : Siva Gopalakrishnan

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here