advertisement

Festival Guru Malaysia kini sedang berlangsung bermula daripada 12 Mei sehingga 16 Mei 2019 yang diadakan di Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YBhg Datuk Dr. Amin Senin. Dalam ucapaan, beliau memeberitahu bahawa “Guru-guru perlu sentiasa bersedia dalam menempuhi cabaran revolusi Industri 4.0”

Berucap mewakili YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, beliau berkata, para guru harus memainkan peranan utama sebagai agen perubahan.

“Begitu jugalah daripada pihak pengurusan sekolah. Mengintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi minat dan keupayaan untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi,” kata beliau.

Kata beliau, dalam memelihara kebajikan warga pendidik dan membantu memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik usaha Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) untuk mengemukakan cadangan mengenai keperluan memperkenalkan satu skim perlindungan kemalangan berkelompok kepada guru-guru, khususnya yang bertugas mengiringi pelajar-pelajar menghadiri sebarang aktiviti luar sekolah.

“Saya berharap YGMB dapat mengemukakan cadangan yang baik ini untuk bersama-sama difikirkan mekanismenya,” kata beliau lagi.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Guru Sempena Hari Guru 2019 bagi tujuh kategori individu dan satu kategori berkumpulan.

Guru Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Melaka, Cikgu Julianty Idris telah memenangi bagi kategori Guru Inovatif Individu Prasekolah selain dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan ciptaan atau inovasinya dinamakan “Beezy Whizzy” sekali gus telah berjaya membawa pualng plak dan wang tunai RM2000.

“Beezy Whizzy memfokuskan kepada kaedah pembelajaran riang atau fun learning untuk murid-murid prasekolah belajar mengenai matematik, fizikal sains, bahasa Melayu dan lain-lain.  

“Kaedah pembelajaran Beezy Whizzy itu ialah ia banyak melibatkan sentuhan dan rasa pada benda yang wujud dan ia lebih cepat dipelajari oleh kanak-kanak kerana mereka akan cepat belajar jika berasa seronok,” katanya ketika ditemui di sini.

Majlis Pelancaran Festival Guru Malaysia turut dihadiri Pengerusi YGMB, YBrs Aminudin Adam; Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg Datuk Wan Munadi Wan Mamat serta Pengurusan Tertinggi KPM.

 

festival guru malaysia 2019
Pemenang Anugerah Inovatif Johan Keseluruhan pada Cikgu Julianty Idris

 

festival guru malaysia 2019
Cikgu Julianty Idris bergambar bersama  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin

 

festival guru malaysia 2019
Kemeriahan Festival Guru Malaysia 2019

 

festival guru malaysia 2019
Gimik pelancarang FGM 2019 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin (empat dari kiri)

 

festival guru malaysia 2019
Antara pemenang pada FGM 2019

 

festival guru malaysia 2019
Antara pemenang pada FGM 2019

 

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here