advertisement

Hari ini pihak YTL Foundation menyediakan lagi satu tawaran kepada pelajar dan kini diberikan kad sim YES 4G kepada pelajar USM pula secara percuma.

Sebelum ini pihak YTL Foundation ada mengumumkan pemberian Kad Sim 4G Yes kepada golongan pelajar kemudian telefon percuma kepada golongan B40 dan kini Kad Sim 4G pula diberi pelajar universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM).

Kesemua perkara ini merupakan inisiatif sendiri daripada YTL Foundation bagi menggalakan pembelajaran dari rumah. Disebabkan krisis COVID-19 dan arahan PKP, kini semua sekolah tutup, kampus juga tutup dan kesemuanya dilakukan secara online terus daripada rumah. Mungkin ada mana-mana pelajar yang kurang berkemampuan untuk dapatkan perkhidmatan internet, jadi sebab itulah YTL tampil dengan kerjasama YES menyediakan Kad Sim 4G ini.

Kad Sim YES 4G Kepada Pelajar USM

kad sim yes 4g

YES memberikan kad SIM pelan data prabayar bernilai 40GB kepada pelajar USM. Kad SIM ini akan di hantar ke alamat kediaman yang berdaftar. Untuk memohon kad SIM percuma, sila klik pautan di bawah

Anda perlu sediakan maklumat diri seperti gambar kad pengenalan, kad pelajar, maklumat penghantaran dan beberapa perkara lagi.

Pakej terkandung :

  1. PERCUMA Satu Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES;
  2. Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.

Pelanggan yang layak akan menerima SMS dan Emel pengesahan daripada pihak YTL Foundation. Untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan pakej ini anda boleh pergi ke pautan ytlfoundation.org/usm/

Disclaimer : pendidikan4all tiada kaitan dengan YTL Foundation, admin disini hanya berkongsikan maklumat ini kepada orang ramai sahaja.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here