advertisement

Jika anda berminat, anda sudah boleh memohon bagi kemasukan pelajar baru MSN MAIWP bagi ambilan tahun 2020. MSN MAIWP adalah Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MS) yang merupakan cetusan idea daripada SS Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Objektif utama sekolah ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan insan yang menjiwai sunnah Rasulullah dalam kehidupan di samping tidak mengenepikan aspek pendidikan kontemporari.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Persekolahan Baitulmal Tahun 2020

Permohonan Kemasukan MSN MAIWP 2020

Bagi yang berminat, anda boleh mula membuat permohonan bermula 25 November 2019 hingga 27 Disember 2019. Borang permohonan anda boleh muat-turun di pautan di bawah

Kemudian, anda haruslah borang permohonan tersebut di alamat di bawah :

Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN),
D/A Kompleks Darul Kifayah,
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves,
68100 KUALA LUMPUR

*Tulis pada sebelah kiri sampul: “MA’ALIM AL-SUNAN”

msn maiwp

Syarat Kemasukan

Kelayakan Umum : Syarat umum pengambilan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

  1. Warganegara Malaysia (lelaki sahaja).
  2. Pemastautin di Wilayah Persekutuan diberi keutamaan.
  3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun 2020.
  4. Lepasan PT3, dengan minimum 3A, dan sekurang-kurangnya Gred B bagi subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
  5. Menghafaz al-Quran adalah satu kelebihan.
  6. Berminat dengan pengajian hadis.
  7. Memiliki akhlak dan sahsiah yang baik serta aktif dalam ko-kurikulum.
  8. Lulus temuduga yang diadakan.

Segala maklumat atau pertanyaan mengenai MSN, boleh menghubungi:

Ustaz Syed Husaini bin Syed Hasan (al-Syeikh al-Mudir),
Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN),
Tel: 013-2968513
Layari pautan ini untuk maklumat lanjut

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here