Hari ini secara rasmi, keputusan SPM 2019 akan diumumkan pada 5 Mac 2020 iaitu pada hari khamis. Keputusan ini telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengna kenyataan media yang dikongsikan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, pihak KPM mengeluarkan statistik dimana seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 yang lepas. Kesemuanya telah mendaftar di 3313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Baca Juga : Keputusan Pengambilan Kedua IPTA Sesi 2019/2020

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 357,010 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan manakala selebihnya daripada adalah calon skeolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM, calon Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dan juga calon Persendirian.

Cara Semak Keputusan SPM 2019

Calon SPM 2019 boleh semak keputusan dan memperolehnya daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh 5 Mac 2020 (khamis) tersebut. Manakala bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri.

Selain itu, calon juga boleh membuat semakan keputusan SPM 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan cara taip SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888. Anda boleh gunakan perkhidmatan ini bermula jam 10 pagi pada 5 Mac 2020 dan akan ditamatkan pada jam 6 petang pada 11 Mac 2020.

Ataupun anda boleh semak melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here