advertisement

Bagi yang telah memohon sebelum ini, anda boleh mula semak keputusan UPU bermula 18 Ogos 2020 bagi lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2020/2021. Boleh buat semakan disini.

Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19 bermula Mac yang lepas, tetapi kini semakin hari semakin menunjukkan pengurangan jangkitan dan penularan. Akhirnya Kerajaan telah mengeluarkan arahan bagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam pada itu, banyak sektor dibenarkan beroperasi seperti sedia kala tetapi mengikut SOP yang ditetapkan termasuklah sektor pendidikan.

Termasuk keputusan UPU, ianya diteruskan seperti biasa seperti yang dimaklumkan oleh UPUOnline bagi Bahagian Kemasukan Pelajar IPT.

Buat Semakan Keputusan UPU Segera

Jika keputusan UPU bagi lepasa SPM telah dibuat pada 3 Jun yang lepas, bagi keputusan UPU lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2020/2021 akan diumumkan pada 18 Ogos 2020 bermula 12 tengah hari. Keputusan boleh disemak di url yang tertera berikut :

Atau anda boleh buat semakan melalui aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun melalui PlayStore atau AppStore.

keputusan upu

Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021

Jika anda gagal untuk dapatkan tempat di mana-mana IPTA, anda boleh buat rayuan. Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021 akan dibuka pada 18 Ogos 2020 (selasa) jam 12 tengah hari hingga 28 Ogos 2020 (Jumaat) jam 5 petang.

Permohonan rayuan hanya untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja. Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/

keputusan upu

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari

Facebook : kemasukan bpkp jpt
Instagram : @kemasukanbpkp
UpuChat di 03-8870 8200
https://online.mohe.gov.my/upu/maklumbalas/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here