advertisement

Kerajaan baru sahaja mengumumkan dimana penutupan semua sekolah di seluruh negeri Sabah berikuti kes jangkitan dan kes positif COVID-19 masih menunjukkan peningkatan.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media yang dikongsikan di laman sosial media milik kementerian.

BACA : Taska, Sekolah Dan Universiti Ditutup Untuk Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Penutupan Semua Sekolah Di Negeri Sabah

Pada masa ini, semua sekolah di zon merah di negeri Sabah telah ditutup, tetapi selepas diadakan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara bersama-sama YAB Perdana Menteri, Kerajaan telah memutuskan semua sekolah di negeri Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.

penutupan semua sekolah

Walau bagaimanapaun, murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama. Murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama.

Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama.

Tambahan lagi, dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh di muat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/manual-pdpdr

sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here