advertisement

Susulan tragedi pencemaran udara melalui pencemaran bahan kimi di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sebelum ini, kesemua sekolah di daerah Pasir Gudang telah pun ditutup bermula 13 Mac 2019 yang lalu. Kini Sungai Kim Kim sudah dibaik pulih dan keadaan menjadi selamat di daerah tersebut.

Mesyuarat Jawatankuas Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi menangani Pembuangan Siswa Bahan Kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 19 Mac 2019 telah memutuskan menghentikan Ops Sungai Kim Kim, menutup Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan kejadian bencana menunjukkan perubahan semakin positif serta sudah hampir pulih sepenuhnya

Tarikh MulaSekolah Di Daerah Pasir Gudang Akan Dibuka

Sehubungan dengan itu, kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM dimana, semua sekolah dalam daerah Pasir Gudang yang ditutup akan dibuka semula mulai Ahad, 31 Mac 2019.

Kerja-kerja pembersihan sekolah juga akan dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta tempatan tanpa melibatkan murid mengikut kesesuian pihak sekolah sebelum sekolah dibuka, dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here