advertisement

Berita baik kepada mereka yang sudah memohon sebelum ini, kini anda boleh semak keputusan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan keputusan Program Dermasiswa B40 bermula 2 September 2020.

JPA telah membuka permohonan bagi program PIDN dan Dermasiswa B40 masing-masing pada 11 Mei dan 13 Julai sebelum ini. Program ini bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk peroleh bantuan pendidikan selama berada di menara gading. Sedikit sebanyak dapat membantu dalam segi kewangan selama dalam tempoh pembelajaran.

Isi kandungan

Semak Keputusan Bagi PIDN Dan Dermasiswa B40

semak keputusan

Jika anda pernah memohon, anda kini boleh semak keputusan bermula 2 September 2020 jam 5.00 petang dipautan ESILA JPA atau klik pautan dibawah.

Pelajar yang berjaya WAJIB mengisi pilihan tempat serahan dokumen perjanjian selewat-lewatnya sebelum 4 September 2020.

Mohon Rayuan

Kepada calon yang tidak berjaya dalam permohonan kali pertama, anda boleh buat permohonan rayuan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Dermasiswa B40 bermula 2 September hingga 8 September 2020 di pautan esilav2.jpa.gov.my/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here