Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
musim cuti sekolah

Disini akan disenaraikan majlis yang sentiasa berlaku pada musim cuti sekolah. Cuti persekolahan 2019 telah pun bermula pada 23 November 2019 sehingga awal januari 2020 kelak. Pastinya akan dipergunakan dengan baik sama ada anak-anak dan ibubapa.

Pada musim cuti sekolah inilah merupakan masa yang sesuai bagi melakukan pelbagai perkara kerana anak yang bersekolah kini akan bercuti panjang dan dapat diluangkan masa bersama.

Baca Juga : Cara Print Sijil Mudah, Pantas Dan Senang

Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan ketika musim cuti persekolahan. kita pasti akan menghadiri atau mendengar beberapa kenduri atau majlis yang diadakan pada musim cuti sekolah ini.

Disini disertakan 3 kenduri atau majlis yang sentiasa berlaku pada musim cuti sekolah.

Majlis yang sentiasa berlaku pada musim cuti sekolah

#1 – Kenduri Kesyukuran Pergi Umrah

Cuti persekolahan adalah masa yang sesuai bagi ibubapa dan anak-anak untuk bercuti bersama. Selain itu juga, masa ini juga sesuai untuk ibubapa melakukan umrah kerana anak-anak tiada lagi urusan persekolahan ketika cuti.

Anak-anak boleh dihantar kepada saudara untuk dijaga bagi beberapa hari ketika ibubapa menunaikan umrah.

musim cuti sekolah
majlis kesyukuran

Jadi waktu inilah, pastinya ibubapa ingin membuat sedikit kenduri kesyukuran bagi menjempu sanak saudara dan jiran berdekatan. Tujuannya adalah bagi memudahkan segala urusan dan juga meminta pertolongan jiran tentangga bagi melihatkan rumah seketika peninggalannya.

#2 – Kenduri Kahwin

Pada cuti sekolah ini juga, pasti ramai yang ambil kesempatan untuk mengadakan majlis atau kenduri perkahwinan. Pada masa ini juga, golongan cikgu juga akan bercuti dan ada banyak masa. Inilah masa yang sesuai.

kenduri perkahwinan

Pada musim ini juga, setiap minggu pasti akan ada jemputan majlis perkahwinan. Hujung minggu, ibu bapa dan anak-anak boleh menghadiri majlis kerana tiada lagi kelas tambahan dan tiada lagi kelas ganti.

#3 – Majlis Berkhatan

Inilah antara majlis atau kenduri yang ditakuti oleh anak-anak iaitu majlis khatan beramai-ramai. Walaupun sekarang kebanyakannya anak-anak akan berkhatan atau sunat bersama ibu bapa sahaja tetapi majlis berkhatan beramai-ramai masih diadakan di taman perumahan dan kampung-kampung.

Pada malam sebelum berkhatan, mereka akan dihargai dalam satu majlis, bagi makan yang sedap, bagi hadiah dan sebagainya. Pada pagi pula, mereka akan disiram air beramai-ramai sehingga diarak ke tempat berkhatan iaitu di klinik berhampiran.

Pastinya majlis ini akan terus diingati oleh anak-anak yang melalui proses ini sehingga dewasa kelak. Jadi cuti sekolah, bolehlah anak-anak berehat selepas berkhatan.

Demikian adalah antara Kenduri atau majlis yang sentiasa berlaku pada musim cuti sekolah. Dalam banyak-banyak majlis ni, cuti sekolah ni, anda melalui majlis yang mana? Kongsikan di ruang komen di bawah.

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain