advertisement

Sesi persekolahan telah dijalankan hampir sebulan pada sesi 2020 ini. Pastinya anak-anak khususnya yang baru memasuki alam persekolahan mula mengenali kawan-kawan baru dengan lebih rapat. Kenal situasi persekitaran kelas, sekolah sendiri. Lebih mengenali cikgu-cikgu mereka dan pastinya lebih banyak lagi dipelajari.

Dari segi bilik darjah atau kelas, pastinya mereka sudah mempunyai tempat duduk yang tetap setiap kali proses pembelajaran berlangsung.

kelas

Tetapi adakah keadaan kelas yang mereka terima itu bagi anak-anak yang baru masuk sekolah ini merasa selesa. Takkan setiap kelas dicantikkan dan dikemaskan oleh cikgu-cikgu? Berapa sahaja bilangan cikgu jika dibandingkan dengan bilangan kelas. Jadi mungkin ada kelas yang keadaannya masih kurang selesa dipandang mata ibu bapa sekali pun anak-anak kita mengatakan ianya selesa.

Baca Juga : Ikuti Perkongsian Pengalaman. Kenapa Perlu Masuk Royal Military College (RMC)

Jadi dengan timbulnya persoalan ini, ada ibu bapa yang telah berkongsikan pengalaman mereka bertungkus lumus bagi membersihkan dan mencantikkan bilik darjah anaknya dengan inisiatif sendiri sahaja di laman Twitter.

‘Make Over’ Kelas Anak Di Sekolah

kelas

Akhi Fairuz kongsikan pengalaman beliau di Twitter bagaimana beliau bersama isterinya mencantikkan kelas anaknya yang baginya keadaan kurang selesa untuk belajar. Beliau tahu, tugas guru untuk mengajar dan mendidik, jadi mereka mengambil inisiatif sendiri atas kebenaran guru di sekolah untuk ‘make over’ kelas anaknya.

Jika murid dan cikgu lain sedang bercuti ketikan Chinese New Year baru-baru ini, ibubapa ini pun ‘bercuti’ tetapi di kelas anaknya di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar. Anak beliau baru sahaja daftar di sekolah ini untuk peringkat darjah 1. Pastinya keselesaan diutamakan untuk anaknya dan murid-murid lain di kelas tersebut.

Antara kerja atau ‘make over’ yang dilakukan oleh Akhi Fairuz terhadap kelas anaknya ini adalah :

  • Mengecat rak buku
  • Balut meja dengan plastik dan skirt
  • Pasang langsir
  • Mengecat dinding bagi memeriahkan lagi kelas tersebut
  • Tampal wallpaper bagi melindungi dinding yang sudah berlubang dan sebagainya

Beliau sebenarnya bukan sahaja bekerja berdua tetapi ada juga mendapat pertolongan daripada rakan Facebooknya dan juga seorang pelajar UPSI. Jika anda ingin lihat perkongsian penuh pengalaman beliau ‘make over’ kelas anaknya, anda boleh pergi ke pautan Twitter beliau disini

Akhirnya, Saudara Fairuz juga mengajak orang ramai terutamanya ibubapa yang mempunyai anak-anak disekolah supaya taburlah bakti kepada sekolah seperti apa yang dibuat oleh beliau. Beliau begitu menekankan pendidikan terutamanya pendidikan anak-anaknya. Usahlah kedekut. Jika anda mampu lebih, beri lebih, jika tidak berilah mengikut kemampuan sahaja.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here