advertisement

Kepada yang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang layak, anda kini boleh mohon Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang khusus bagi anak Negeri Pahang Darul Makmur.

Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Justeru itu, Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon bagi melanjutkan pengajian di IPTA di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP sendiri.

BACA : Semakan Keputusan UPU Bagi Lepasan STPM/Setaraf Untuk Sesi 2020/2021

Yayasan Pahang memberi kadar penajaan sebanyak RM7000 setahun bagi Yuran Pengajian & Sara Hidup khusus bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

biasiswa anak yatim yayasan pahang

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Untuk Tahun 2020

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang bagi tahun 2020 boleh dibuat bermula 19 Ogos 2020 (Rabu) hingga 9 September 2020 (Rabu) dengan muat turun borang permohonan di Laman Sesawang YP di www.yp.org.my atau klik pautan dibawah

Borang tersebut perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP beserta dokumen-dokumen yang berkaitan secara terus atau post di alamat :

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang
    • Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bap serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah
    • Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu pendapatan RM3860 sebulan dan kebawah
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2019 seperti berikut:
    • SPM – Minimum 5 kepujian
    • STPM – Minimum CGPA 2.50
    • STAM – Minimum Jayyid Jiddan
  3. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran / tempat dari IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa
  4. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi pihak Yayasan Pahang (YP) terus:

Tel : 09-51818800
Faks : 09-5181888
Laman web : www.yp.org.my
Email : ypahang@yp.org.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here