Yayasan Bank Rakyat telah mengumumkan dimana, calon sudah boleh mula memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bermula sekarang hingga 15 Julai 2020.

Tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tier 1 ini terbuka kepada pemohon yang sedang melanjutkan pengajian ke peringkat sijil kemahiran, diploma kemahiran dan diploma akademik di universiti awam serta swasta dalam negara.

Mohon Segera PPBU Yayasan Bank Rakyat

yayasan bank rakyat

Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat boleh dibuat bermula 1 Jun hingga 15 Julai 2020 di pautan dibawah

Pengajian Terlibat

Permohonan kali ini dibuka kepada semua pelajar dalam pengajian dibawah bagi universiti awam serta swasta dalam negara

  • Sijil Kemahiran
  • Diploma Kemahiran
  • Diploma

Permohonan dibuka kepada semua program pengajian kecuali kursus Perubatan dan Aviation (Lisen). Tetapi keutamaan diberi kepada :

  • Accounting
  • Banking
  • Business Management
  • Human Resources
  • Economy
  • Media Communication
  • Law
  • Actuarial Science

BACA : Permohonan Bantuan Sara Hidup Dan Kecemasan Bagi Mahasiswa Anak Perak

Syarat Permohonan

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 30 tahun
  3. Bagi lepasan SPM yang berada dalam semester pertama
  4. Pemohon perlu buka akaun Bank Rakyat sekurang-kurangnya RM100 ada di dalam akaun tersebut.

Syarat Akademik

  1. Pelajar yang belajar sepenuh masa di universiti awam dan swasta
  2. Sekurang-kurangnya peroleh 5A dalam SPM 2019 atau
  3. PNGK 3.0 bagi peringkat STPM, STAM atau peringkat Diploma

Kadar Bayaran Balik

Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU), Yayasan Bank Rakyat merupakan program tajaan pendidikan dan pembayaran balik adalah bergantung kepada keputusan akhir pelajar tersebut. Ianya juga boleh bertukar kepada biasiswa penuh jika memenuhi syarat seperti dibawah

CGPADiskaunPeratusan Bayaran Balik
3.50 – 4.001000
3.00 – 3.497030
2.75 – 2.995050
2.50 – 2.743070
2.500100

Untuk maklumat lanjut:

Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia

PHONE: +603 2612 9600

FAX: +603 2260 1050

EMAIL: yayasan@bankrakyat.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here