advertisement

Pihak Kementerian memperkenalkan portal Paid Internship bagi membantu pelatih latihan industri mendapatkan bayaran upah atau elaun semasa latihan.

Inilah yang telah diusakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan, KBS bagi membantu golongan anak muda ketika ini. Melalui Menteri KBS sendiri, Syed Saddiq kini sedang mengusahakan supaya semua pelatih Internship di agensi-agensi kerajaan supaya dibayar upah dan elaun.

membantu pelatih latihan industri

Sudah pastinya ramai pelajar akhir tahun khususnya yang berada di Institut Pengajian Tinggi akan mengadakan Latihan Industri di syarikat-syarikat swasta mahupun di agensi kerajaan. Ianya merupakan syarat wajib yang harus pelajar lulus bagi melayakkan untuk menamatkan pengajian di Universiti atau dimana-mana institusi sekali pun.

Jadi mereka harus mencari sendiri syarikat tersebut dan bekerja dengan mereka untuk mencari pengalaman sambil belajar. Itulah tujuan latihan industri iaitu bekerja sambil belajar untuk persediaan bagi mengharungi dunia pekerjaan ketika habis belajar kelak.

Portal Paid Internship Di Perkenalkan Bagi Membantu Pelatih Latihan Industri

Jadi 15 September 2019 yang lepas, Menteri KBS sendiri mempromosikan satu portal rasmi berkaitan Paid Internship. Ianya bertujuan supaya pelatih yang tidak mendapat bayaran elaun daripada majikan, boleh membuat laporan kepada pihak kerajaan.

Apakah Fungsi Portal Paid Internship

Portal ini dibina untuk membantu pelatih latihan industri / Internship untuk melaporkan kekurangan bayaran upah atau tiada langsung elaun diberi daripada agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat di sektor swasta.

Jika mereka tidak diberi elaun sudah pastinya bebanan sara hidup dan kos-kos untuk bekerja ini terpaksa ditanggung sendiri oleh mereka. Agensi kerajaan, para syarikat dan institusi pengajian harus memainkan peranan proaktif dan berganding bahu untuk memberikan pampasan yang sewajarnya untuk pelatih.

Matlamat Portal Paid Internship

Semua maklumat yang dikumpul di dalam portal ini akan digunakan sebagai batu loncatan untuk menggalakkan pembayaran sewajarnya kepada kesemua pelatih latihan industri.

Baca juga : Pelajar UiTM Kini Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al-Jazeera

Melalui informasi portal tersebut, agensi kerajaan dan syarikat swasta yang telah melaksanakan pembayaran pekerja pelatih akan diraikan.

Jadi kepada pelatih yang sedang melakukan latihan industri atau internship, anda boleh membuat laporan jika permasaalahan pembayaran elaun berlaku ke pihak Kementerian Belia Dan Sukan, KBS di laman web rasmi https://paidinternship.my

Perhatian Kepada Pelatih Latihan Industri

Perlindungan Data Peribadi

  • Maklumat yang dimasukkan di borang di bawah akan digunakan untuk mengesahkan status pembayaran oleh agensi kerajaan atau syarikat sektor swasta. Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan kepada majikan anda, termasuklah maklumat majikan anda.
  • Perhatian – Perlindungan Data Peribadi
    1. Butiran peribadi anda tidak akan diterbitkan.
    2. Kegunaan data ini adalah dilindungi oleh dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 seperti yang termaktub diĀ Notis Privasi Ini.
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here