advertisement

Hari ni Menteri Kanan (Keselamatan) mengumumkan di dalam sidang media mungkin pelajar IPT dibenarkan pulang tetapi Kerajaan akan mengkaji SOP terlebih dahulu. Keputusan juga akan diumumkan kelak jika ianya dibenarkan oleh beberapa pihak terutmanya KKM.

Kita sedia maklum, lebih 80-100 ribu pelajar terkandas di IPTA dan juga IPTS seluruh Malaysia sejak bermula Perintah Kawalan Pergekarakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lepas. Selepas tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April 2020 juga, pelajar-pelajar ini turus bersabar berada di IPT masing-masing.

Sebelum ini ada pihak mendesak selepas 14 hari PKP supaya pelajar-pelajar IPT yang terkandas ini dibawa pulang ke kampung masing-masing tetapi akhirnya tidak dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga MKN yang mengeluarkan araha supaya untuk terus berada di kampus. Ianya dibuat takut, pelajar ini mungkin akan menimbulkan lagi kluster yang lebih besar yang mungkin menyerang ibubapa yang berada di kampung pula.

Pelajar IPT Mungkin Dibenarkan Pulang

Pengumuman ini diberitahu sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di dalam sidang media sebentar tadi mungkin pelajar OPT dibenarkan pulang. Mereka sudah berada di kampus 2 kali 14 hari iaitu selama 28 hari. Jika diikutkan arahan KKM jika tiada gejalan selepas 14 hari, individu tersebut sudah bebas daripada COVID-19 ni.

Jadi pihak keselamatan akan bermesyuarat bersama pihak KKM jika ianya dibenarkan pulang selepas ini dan pastinya inginkan Standard Operating System (SOP) supaya lebih 100,000 pelajar ini boleh dibawa pulang sedikit demi sedikit. Setakat ini, semua pelajar yang terkandas di kampus masing-masing untuk terus berada di sana tanpa perlu pergi ke mana-mana lagi.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here