advertisement

Kerajaan telah memperkenalkan pembelajaran atas talian melalui saluran TV Okey RTM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan

Slot program TV pendidikan TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini merupakan satu usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Ianya merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 disebabkan krisis COVID-19

Slot Program TV Pendidikan Di Saluran TV Okey RTM

Slot tersebut akan bermula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey. Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV dan juga menerusi saluran 146 di ASTRO dan NJOI. Bagi murid yang mempunyai capaian internet, siaran ini boleh ditonton melalui laman sesawan www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

Baca Juga : Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Juga Menerima Bantuan One-Off Daripada PRIHATIN

Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama 2 jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Waktu siaran adalah pada pukul 9 pagi hingga 10 pagi dan pukul 1 tengah hari hingga 2 petang.

Jadual Rancangan Program TV Pendidikan

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter

Jumaat (1 Mei 2020)

  • Pagi : Matematik Tingkatan 5
  • Tengah Hari : Bahasa Melayu Tahun 4 & Sejarah Tahun 5

Sabtu (2 Mei 2020)

  • Pagi : Sains, Matematik & Fizik Tingkatan 5
  • Tengah Hari : Bahasa Melayu Tahun 4 & Sejarah Tahun 5
tv okey

Ahad (3 Mei 2020)

  • Pagi : Sejarah & Bahasa Inggeris Tingkatan 5
  • Tengah Hari : Sains Tahun 1 & Bahasa Inggeris Tahun 2
tv okey

*Jadual seterusnya, akan di update dari masa ke semasa

Diharap inisiatif yang disediakan oleh pihak KPM ini akan dimanfaatkan kepada murid-murid yang kini berada di rumah. Semasa dirumah juga, anda boleh belajar dan ulang kaji melalui platform yang disediakan supaya masa diisi dengan perkara yang berfaedah selama tempoh PKP ini berlangsung.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here